Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Johor Mula Siasat GISBH...

JOHOR BAHRU - Siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...

Remaja OKU Maut Digilis...

SUNGAI PETANI : Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) maut selepas digilis sebuah...

Bawa ‘Mayat’ Ke Kelas,...

SEORANG guru Bahasa Inggeris dari sebuah sekolah di Sarawak kini mendapat perhatian netizen...

Azwanddin Jatuh Kerana Tersadung...

SHAH ALAM - Polis menafikan anggotanya bertindak kasar ke atas Datuk Azwanddin Hamzah...

Berek Polis Antara Terjejas Banjir Kilat Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS – Sebelas rumah termasuk tiga berek polis di Balai Polis Ringlet dan sebuah stor menyimpan pakaian di Kampung Baru Ringlet di sini, terjejas ekoran air Sungai Ringlet melimpah akibat hujan lebat petang tadi.

Hujan lebat yang berlarutan dalam tempoh dua jam sejak 5 petang itu, menyebabkan banjir kilat selama setengah jam di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata 32 mangsa termasuk lapan orang daripada tiga keluarga anggota polis terjejas akibat banjir kilat tersebut.

“Rumah yang terlibat dalam banjir kilat itu mengalami kerosakan seperti pakaian dan peralatan perabot manakala lima kenderaan termasuk sebuah motosikal turut rosak akibat bencana itu.

“Tiada kerosakan berlaku di Balai Polis Ringlet kerana limpahan air tidak memasuki ke dalam balai, namun hanya tiga berek polis termasuk kediaman Ketua Polis Balai Polis Ringlet yang terjejas akibat banjir kilat,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Hasadid berkata jumlah kerugian akibat bencana itu masih dalam siasatan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, selain tiada pusat pemindahan sementara dibuka sehingga kini.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir kilat di sekitar kawasan berkenaan kira-kira 6.20 petang.

“Kawasan di sekitar Ringlet dinaiki air sedalam satu meter, dan punca banjir kilat itu disebabkan taburan hujan yang banyak dan air Sungai Ringlet mengalir dari hulu terus ke Pekan Ringlet dan masuk ke Empangan Sultan Abu Bakar,” katanya,

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan rumah serta pemindahan barang akibat bencana itu telah dilakukan. – BERNAMA

Kategori