Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh...

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Ford...

Buku Beri Penjelasan Isu...

KUALA LUMPUR - Buku berjudul '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab' dan 'Himpunan Baju...

Sarawak Tawar Ekonomi Tempatan...

KUCHING - Sarawak boleh berkembang dengan lebih cepat dan mencapai taraf hidup yang...

PM Tak Jalani Rawatan...

KUALA LUMPUR - Khabar angin yang menyatakan ada perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri...

Biro Kebajikan UMNO Salur Bantuan 600 Penerima

SEREMBAN – Kira-kira 600 penerima terdiri daripada pelajar sekolah, ibu tunggal dan golongan asnaf menerima bantuan menerusi program UMNO Bantu Rakyat dalam jelajahnya ke Negeri Sembilan hari ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata antara bantuan yang diberikan ialah sumbangan barangan keperluan asas serta dana pembukaan akaun Tabung Haji dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Sejak dilancarkan pada 19 Mei lepas, sebanyak lapan negeri telah kita jelajah dan salurkan bantuan, hari ini Negeri Sembilan menjadi negeri kesembilan bagi program UMNO Bantu Rakyat…selepas ini kita akan ke Johor, Pahang dan Terengganu untuk meneruskan jelajah fasa pertama dengan jumlah keseluruhan lokasi yang kita pergi sebanyak 21 lokasi di seluruh negara.

“Kemudian untuk fasa kedua kita akan jelajah ke 50 lokasi yang kita khususkan untuk kawasan luar bandar dan pinggir bandar bagi salurkan bantuan selain bertujuan bertemu dengan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program UMNO Bantu Rakyat di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Hasan Malek dan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar.

Shamsul yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata isu membantu rakyat bukanlah satu isu yang baharu kepada parti UMNO bahkan UMNO telah sekian lama berbakti kepada masyarakat.

“Bantuan tidak kira sama ada dalam bentuk material atau fizikal, tidak kira bangsa, isu membantu rakyat bukan satu isu yang baharu bagi kita bahkan ia telahpun dilaksanakan sejak sekian lama. Program hari ini adalah idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu UMNO terus turun ke bawah bertemu rakyat dan terus membantu rakyat.


“Rakyat adalah sangat penting dalam menentukan perjuangan UMNO, siapalah UMNO kalau tidak ada rakyat yang menyokong dan kerana sokongan inilah UMNO terus teguh dan inilah kekuatan sebenar yang ada pada UMNO,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 100 pelajar tahun satu menerima sumbangan dana bagi membuka akaun SSPN-i, 100 pelajar tahun empat, lima dan enam pula menerima dana bagi membuka akaun Tabung Haji.

Selain itu, seramai 100 anak yatim menerima sumbangan wang tunai, 100 ibu tunggal menerima barangan keperluan asas dan wang tunai manakala 200 penerima terdiri daripada orang miskin atau asnaf menerima barangan keperluan asas dan juga wang tunai. – BERNAMA

Kategori