Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa Dakwa Diugut...

IPOH - Ibu bapa kepada dua bayi yang baharu lahir mendakwa diugut oleh doktor dan...

Mangsa Buaya Ganas Masih...

KUCHING – Kira-kira 100 penduduk kampung menggunakan lebih 20 buah bot turut membantu...

Imigresen Tahan 7 Pengemis...

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan tujuh warga Kemboja termasuk tiga kanak-kanak...

Bomba, APM Bantu Bawa...

SIBU - Empat anggota paramedik yang tiba dengan ambulans terpaksa meminta bantuan Jabatan...

Black Jaga Batas Hubungan Dengan Protege Sendiri

SELAKU mentor, penyanyi Black mengakui sekarang dia lebih membataskan hubungan dengan protegenya, tidak seperti dua protegenya sebelum ini.

Menurut Black, dia mengambil pendekatan sedemikian bagi memudahkan lagi cara pengajaran antara dia dengan anak didiknya, Syeera atau nama sebenarnya, Nur Syaheera Abd Aziz.

Memetik laporan mStar Online, Black berkata, Mentor kali ini saya ambil langkah untuk tidak mempunyai hubungan rapat yang terlampau rapat dengan protege.

“Saya bimbing dan ajar dia mengikut jadual yang ditetapkan, tidak seperti tahun lalu yang mana saya benar-benar rapat dengan kedua-dua protege saya.

“Saya nampak hubungan rapat tersebut tidak membantu malah menyukarkan saya untuk membuat sesuatu keputusan,” ujarnya yang terlibat dalam program realiti Mentor Milenia 2017 bersama tiga rakan artis yang lain iaitu Akim, Hazama dan Tomok.


Pada malam final hari ini, protege Black, Syeera akan bersaing dengan protege Akim, Elica, Usop (protege Hazama) dan Along (protege Tomok) bagi merebut gelaran juara Mentor Milenia 2017.

Rancangan tersebut dihoskan oleh Issey dan Marsha Milan selain diadili juri tetap, Datuk Hattan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori