Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sindiket Pintas Cek Dan...

KUALA LUMPUR - Sindiket pintas cek dan kad kredit yang dikenali sebagai "Kumpulan...

Remaja Derita Kaki Membesar...

China - Seorang pemuda berusia 21 tahun terpaksa menderita selama bertahun-tahun selepas kaki...

UMNO Disaran Buka Keanggotaan...

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain...

MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan...

SEREMBAN - Orang ramai yang sering menggunakan khidmat pengangkutan awam terutama bas kini...

BMW Siri 8 Coupe Bakal Kembali 2018

BMW dijangka akan mempertaruhkan keluaran terbarunya yang bakal bersaing dengan model sama kelas dengannya iaitu Mercedes Benz S-class Coupe dan Cabrio.

Setelah 20 tahun BMW dijangka akan meneruskan pengeluaran model Siri 8 berkemungkinan sekitar 2018.

Namun baru-baru ini, BMW memberikan sedikit gambaran berhubung keluaran Siri 8 ini dengan memperkenalkan model konsep Siri 8 ini.

BMW Siri 8 Coupe Bakal Kembali 2018

Pengerusi BMW, Harald Kruger dalam satu kenyataannya berkata, keluaran Siri 8 terbaharu ini akan mengetengahkan konsep moden, mewah dan dinamik.

“BMW Siri 8 Coupe bakal mengetengahkan ciri-ciri dinamik yang mewah dan moden. Namun ia tetap mengekalkan rekaan gril yang menjadi ciri utama BMW.

“Malah rekaan BMW Siri 8 Konsep ini  turut memberikan interpretasi segar ikon untuk jenama BMW,” katanya.

BMW Siri 8 Coupe Bakal Kembali 2018

Buat masa ini, model Konsep Siri 8 ini masih lagi diperingkat kajian rekabentuk yang mana ia bermaksud masih belum ada butiran teknikal mengenai model ini.


Namun peminat permotoran pastinya akan memberikan penilaian berdasarkan keluaran terdahulu.

Ada yang mengandaikan bagi Siri 8 ini kemungkinan akan mendapat janaan kuasa daripada enjin 4.4 liter V8 dan 3.0 liter V6.

Malah ia juga berkemungkinan akan dikeluarkan dnegan enjin hibrid 4 atau 6 silinder atau model khusus berkuasa elektrik.

Siri 8 ini mungkin akan mendapat pilihan enjin 4.4-liter V8 dan 3.0-liter V6, yang akan dapat penalaan baharu untuk menghasilkan prestasi dan kuasa yang lebih tinggi.

Kemungkinan besar juga yang Siri 8 akan dikeluarkan dengan enjin hibrid 4 atau 6 silinder, atau satu model yang berkuasa khusus elektrik. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=VrwE9I1CJqw

Kategori