Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dzulkifli Mahu SPRM Mesra...

KEPALA BATAS - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad...

Lelaki Kantoi Ambil Video...

SEORANG gadis menerusi laman Facebooknya membuat pendedahan bahawa terdapat seorang lelaki 'gila' yang...

Tular Tarikh Raya Awal...

PUTRAJAYA: Pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak menyangkal mesej tular menerusi...

Suplemen ‘Beracun’ Di Pasaran

KUALA LUMPUR - Puluhan sebatian kimia dalam produk suplemen kesihatan berasaskan herba yang...

BN Perak Tak Campuri Masalah Pembangkang

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak tidak mahu mencampuri tindakan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan politiknya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu ia juga tidak memberi kesan terhadap perpaduan yang terjalin antara komponen BN.

“Kita secara dasarnya tidak mahu masuk campur dalam urusan berkaitan dengan hubungan antara parti pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Perak Kali Ke-30, 2017 di sini, hari ini.

Pada 11 Mei lepas, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh mengumumkan hubungan dengan PKR diputuskan kerana ia melanggari kerjasama mengikut hukum syarak dan akhlak Islam termasuk menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.


Dalam pada itu, Zambry berkata BN tidak boleh selesa walaupun keputusan PAS itu mungkin memberi kesan langsung kepada kekuatan pembangkang.

Sebaliknya, beliau berkata setiap komponen parti dalam BN perlu bekerja lebih keras bagi memastikan penguasaan kemenangan dapat digapai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – BERNAMA

Kategori