Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Henti Tular Upacara ‘Raja...

ALOR GAJAH - Orang ramai diingatkan tidak menularkan upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin...

Belanjawan 2023: 130,000 Rakyat...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar...

MFL Tiada Agenda Tertentu...

JOHOR BAHRU – Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan...

KPDNKK Terengganu Kesan 82...

KUALA NERUS - Sebanyak 82 kes kesalahan peniaga dikesan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam...

Boko Haram Bebas 83 Pelajar Perempuan Chibok

MAIDUGURI (Nigeria) – Seramai 83 pelajar perempuan Chibok yang diculik tiga tahun lalu oleh pelampau Boko Haram di utara Nigeria, dibebaskan dan diserahkan kepada tentera, kata pihak berkuasa lewat semalam.

Ahli keluarga berkata, mereka masih menunggu senarai penuh gadis yang dibebaskan dan sangat berharap mereka kembali ke pangkuan keluarga.

Sebelum pengumuman itu, 195 daripada pelajar sekolah berkenaan masih ditahan selepas pembebasan pertama 21 pelajar perempuan menerusi rundingan pada Oktober lalu.

Pada masa itu, kerajaan Nigeria berkata satu lagi kumpulan seramai 83 pelajar perempuan akan dibebaskan tidak lama lagi.

Dalam akaun tweet pembantu peribadi kepada Presiden Muhammadu Buhari, Bashir Ahmad menulis “Jumlah besar”.


Satu sumber tentera Nigeria berkata 83 gadis yang dibebaskan itu ditemui dekat bandar Banki di negeri Borno, berhampiran sempadan Cameroon.

Angka terkini yang dikeluarkan bagaimanapun tidak dapat disahkan dan belum ada sebarang pengumuman rasmi kerajaan dikeluarkan setakat ini. – AP/BH ONLINE

Kategori