GEMPAR… Penghuni di Blok D, Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Kelana Jaya, Selangor terkejut apabila diarahkan mengosongkan bangunan.
Ia selepas sebuah objek yang menyerupai sebutir bom mortar ditemui dalam bangunan kediaman keluarga petugas agensi tersebut.
Objek berkenaan ditemui dalam bilik meter air oleh seorang kanak-kanak yang merupakan anak kepada penduduk perumahan itu.
Satu laporan polis dibuat dan anggota Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Menerusi perkongsian di laman sosial, gambar sebuah objek menyerupai bom mortar berwarna biru diletakkan di kawasan meter air.
Bagaimanapun, tiada dapat dipastikan sama ada objek tersebut adalah palsu atau sebaliknya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan penduduk di kawasan perumahan itu, pada kira-kira 8 pagi.
Menurutnya, selepas pemeriksaan, bom tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk siasatan lanjut.
Beliau bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada bom tersebut masih aktif atau palsu.
Keadaan kembali pulih kira-kira jam 11.10 pagi apabila semua penghuni dibenarkan memasuki rumah masing-masing. – MYNEWSHUB.CC
*Video dibawah sekadar hiasan…