Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Petronas Dagangan Akan Bina...

SEPANG - Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan untuk membina lima stesen minyak di...

Ryan Lochte Diserang Perompak...

ATLIT renang Amerika Syarikat (AS), Ryan Lochte dan tiga rakan sepasukannya yang lain...

Jailani Sedia Dedah Individu...

MELAKA TENGAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis...

Program ‘Diversion’ Budak Bermasalah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melaksanakan projek rintis...

Bonus Staf 200 Yuan Turun Berat Badan 1 Kilogram

BEIJING – Namanya ialah Wang Xuebao, seorang bos sebuah perusahaan pakar runding pelaburan di Xi’an, wilayah Shaanxi, China. Namun kenapa beliau bos yang lain daripada yang lain?

Ini kerana beliau sedia memberikan wang bonus kepada setiap pekerjanya yang berjaya mengurangkan berat badan mereka, menurut laporan akhbar berpengaruh South China Morning Post berpangkalan di Hong Kong.

Xuebao menyatakan bahawa setiap pekerja yang didapati mampu mengurangkan berat badan masing-masing, akan diberi insentif wang tunai sebanyak 200 yuan (kira-kira RM126) bagi setiap satu kilogram direkodkan.

Menurut media tempatan, idea unik yang diumumkan pada bulan Mac lalu itu terbukti berkesan. Dilaporkan ramai pekerja syarikat tersebut yang berjaya mengurangkan berat badan sehingga ada mencecah tiga kilogram.

Menurut Xuebao, beliau sangat prihatin tentang kesihatan setiap pekerjanya kerana mereka hampir sepanjang masa bertugas dengan duduk di kerusi sahaja. Beliau sendiri bahkan tidak dapat mengurangkan berat badannya.

“Para pekerja kami hampir setiap waktu hanya berada di meja mereka dan tidak bersenam, termasuk diri saya sendiri. Dengan program ini kami boleh bersama-sama berusaha mengurangkan berat badan,” ujar Xuebao lagi.


“Hari ini saya makan cendawan goreng dan telur. Sebelum ini setiap hari saya makan daging,” kata pekerja yang bernama Zhou Wei yang berjaya mengurangkan berat badannya dengan sebanyak 10 kilogram sejak Mac lalu.

Pencapaian tersebut membolehkan staf wanita itu yang sebelum ini dianggap sebagai amat gemuk, mampu meraih insentif sebanyak 2,000 yuan (kira-kira RM1,256) selain menjadi contoh kepada pekerja lain untuk bersenam.

Wei malah mengaku bahawa setiap hari dia juga sanggup pergi ke pusat senaman komuniti setempat untuk terus mengurangkan berat badan supaya tetap mendapat bonus bulanan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori