Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Senarai Nama Mangsa Maut...

Berikut ialah senarai nama penuh semua mangsa yang disahkan sebagai terkorban dalam tragedi kebakaran...

Bayi Lemas Dalam Baldi:...

SHAH ALAM - Ibu kepada Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan yang lemas di...

CCTV Rakam Seks Luar...

TELUK INTAN - Perbuatan jijik seorang lelaki melakukan hubungan luar tabii dengan seekor...

MP Johor Teruja Shinkansen...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen (MP) dari Johor, teruja mengenai kemungkinan penyertaan...

Brazil: 89 Banduan Melarikan Diri Menerusi Terowong

RIO DE JANEIRO – Sekurang-kurangnya 89 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Rio Grande de Norte utara Brazil menerusi terowong sepanjang 30 meter, menurut sumber rasmi pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kerajaan negeri, kejadian berlaku di penjara Pernamirim, di Natal.

Ia merupakan insiden paling ramai banduan melarikan diri dalam sejarah Rio Grande do Norte dan setakat ini hanya sembilan daripada mereka berjaya ditahan semula.

Menurut polis tentera, terdapat dua buah kereta dan sebuah motosikal dilihat berada di luar bangunan penjara dipercayai digunakan untuk membantu banduan melarikan diri.

Tindakan banduan menukar pakaian dengan berpakaian biasa menyukarkan lagi pihak keselamatan mengecam mereka.

Ia adalah kejadian kedua tahun ini selepas pada Januari 2014, seramai 14 banduan melarikan diri dengan menggunakan modus operandi sama.


Penjara berkenaan hanya berupaya menampung seramai 436 tahanan bagaimanapun dilaporkan dihuni seramai 589 banduan.

Sistem penjara Brazil sering menerima krtitikan kerana padat dengan banduan menyebabkan sering berlaku insiden pergaduhan dan keganasan.

Krisis penjara Rio Grande do Norte terus menjadi masalah utama Brazil terutama selepas rusuhan d penjara terbesar Alcacuz pada Januari yang menyaksikan 26 banduan terbunuh dan 56 lagi melarikan diri. – BERNAMA

Kategori