Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Timor Leste Ambil...

DILI - Pakatan pembangkang Timor Leste dijangka mengambil alih tampuk pemerintahan selepas menang...

Kekasih Gelap Ozzy Nak...

WANITA simpanan Ozzy Osbourne, Michelle Pugh mengambil tindakan undang-undang terhadap anak perempuan Ozzy, Kelly...

Argentina Sahkan Kes Pertama...

BUENOS AIRES : Argentina mengesahkan kes pertama cacar monyet di Amerika Latin membabitkan...

Lelaki Didenda RM1,000 Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM1,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah...

BSN Tidak Pernah Tawar Dana Tabung Usahawan

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menjelaskan bahawa ia tidak pernah menawarkan dana pembiayaan “Tabung Usahawan” yang menawarkan peruntukan sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 kepada usahawan-usahawan terpilih.

“Ini adalah satu penyebaran mesej tular (viral) yang palsu.

BSN tidak pernah menawarkan dana itu atau sebarang bentuk dana pembiayaan seumpamanya kepada pelanggan,” menurut bank berkenaan dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, terdapat penyebaran mesej tular palsu yang menyatakan BSN menawarkan kemudahan Dana Infaq dan Solid Cash.

Menurut kenyataan itu, BSN telah membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 1 Mac, 2017 berkenaan penyebaran mesej palsu tersebut.

Oleh itu, pihak bank menasihatkan para pelanggan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang panggilan, mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan maklumat palsu yang mendakwa daripada pihak BSN.


“Para pelanggan dinasihatkan agar merujuk kepada institusi kewangan yang berdaftar sahaja sebelum membuat sebarang transaksi atau perkongsian maklumat peribadi terutama jika melibatkan pihak ketiga,” katanya.

Pelanggan juga diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan penipuan serta sebarang perkara yang tidak diingini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN
di talian 1300 88 1900 atau layari www.mybsn.com.my. – BERNAMA

Kategori