Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azmin Disindir Cuma Fokus...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak persoal kecenderungan 'istimewa' Menteri Hal Ehwal Ekonomi,...

Gelombang 1 PPPM 2013-2025...

PUTRAJAYA - Tiga keberhasilan utama dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)...

Video: Wanita Mengamuk Lapor...

ALAHAI.. macam-macam. Sebuah video memaparkan seorang wanita mengamuk di hadapan bangunan Ibu Pejabat...

Henti Publisiti Sumbang Bantuan...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pertubuhan Islam, menteri, ahli...

Buaya Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa

SHAH ALAM – Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu air kolam takungan di kawasan stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Ventures (KEV) di Kampung Tok Muda dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.45 malam.

Dengan bantuan pekerja KEV, pasukan bomba menemui haiwan berkenaan pada kira-kira 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa itu, katanya ketika dihubungi hari ini.

“B​​omba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya itu kerana kedudukannya di kawasan sempit dengan kedalaman kira-kira sembilan meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Petugas bomba menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.


“Kerja menyelamat ditamatkan pada 10 pagi tadi dan buaya berkenaan diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” kata Zaidi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

Kategori