Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kotak Suara Bermasalah, Aiman...

PENYANYI Aiman Tino memberitahu dia hilang keyakinan untuk membuat persembahan di atas pentas...

Gambar Resit Restoran Pak...

SEKEPING gambar resit yang dikeluarkan oleh Restoran Pak Din Sajian Melayu tersebar di...

Ops Paling Sukar Tangkap...

Kuala Klawang - “Ini hari paling mencabar sejak enam tahun lalu,” kata Pengarah...

Datuk Red Menggatal, Adira...

HANYA kerana suaminya, Datuk Red mengakui berhubungan dengan wanita lain selepas perbualan teks...

Bubur Lambuk Mampu Bangkit Semangat Ukhuwah

MELAKA – Setiap kali bulan Ramadan, bubur lambuk memang tidak dapat dipisahkan oleh rakyat di negara ini, namun disebalik pengagihan bubur lambuk ianya membawa hikmat yang lebih besar dalam menyatukan umah di negara ini, kata Mufti negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Beliau berkata pengagihan bubur lambuk sama ada dilakukan secara gotong royong melibatkan jemaah masjid atau surau mampu membentuk semangat perpaduan apabila masyarakat setempat memberi sumbangan dan menghasilkan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Semangat penyatuan dan kerjasama ini mampu memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah Islam apabila semua orang yang berkemampuan memberi sumbangan kepada mereka yang miskin dalam bentuk juadah berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya beliau kagum apabila dapat melihat semangat itu masih wujud di negeri ini apabila mendapati bahawa amalan pengagihan bubur lambuk secara percuma masih dilakukan oleh masyarakat Islam di negeri ini.

“Setiap petang biasanya selepas waktu solat Asar aktiviti pengagihan bubur lambuk pasti terdapat di beberapa masjid di negeri ini menunjukan bahawa amalan ini telah serasi dengan budaya masyarakat kita,” katanya.


Beliau berkata amalan bubur lambuk juga dapat memberi galakan kepada orang ramai yang berkemampuan untuk bersedekah pada bulan Ramadhan.

“Umat Islam digalakan bersedakah dan bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk melakukan amalan ini, pengagihan bubur lambuk adalah salah satu cara untuk bersedekah,” katanya.

Abdul Halim berkata bersedekah bubur lambuk adalah salah satu daripada cara untuk melahirkan kesyukuran atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah selama ini. – BERNAMA

Kategori