Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

GHB Perkenal Barisan ‘Ulama...

PETALING JAYA - Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mendedahkan barisan ulamanya sendiri yang...

Anzalna Sah Bergelar Isteri...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Nur Anzalna Mohd Nasir yang telah selamat diijabkabulkan dengan...

Zon Penyokong Rasmi Di...

MOSCOW -  Zon penyokong rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Moscow akan ditutup...

Ibu Tunggal Dirogol Bekas...

PETALING JAYA - Seorang ibu tunggal dirogol bekas kekasihnya dan dikurung kira-kira 10...

Bukan Islam Ada Hak Sama Rata! – PAN

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) memaklumkan parti itu sebuah parti yang dibuka untuk semua kaum dan agama walaupun PAN merupakan sebuah parti Islam.

Biro Undang-undang PAN yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menegaskan setiap ahli PAN mempunyai hak yang sama rata dalam parti itu.

“PAN terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Mana-mana ahli berdaftar mempunyai hak yang sama termasuk untuk mendapatkan perlembagaan parti.

“Bukan seperti PAS meletakkan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai sekutu dan bukan ahli yang mempunyai hak sama rata,” kata Biro Undang-undang PAN dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Biro Undang-undang PAN mengecam Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berhubung kenyataannya mengenai Perlembagaan PAN.

Biro Undang-Undang PAN mendakwa Kamarul membuat tohmahan liar bertujuan untuk menimbulkan keraguan orang ramai dengan mengkritik Perlembagaan PAN kurang Islamik berbanding PAS.

“Penelitian yang dibuatnya langsung tidak ilmiah. Sebagai seorang bertaraf Ph.D sepatutnya Kamarul lebih teliti apabila mengemukakan fakta. Jika fakta itu silap dan tidak tepat apakah nilainya Ph.D yang dimilikinya,” kata Biro Undang-Undang PAN.


Kamarul baru-baru ini mempersoalkan sama ada Perlembagaan PAN yang hampir sama dengan Perlembagaan DAP secara kebetulan atau sebaliknya.

Beliau turut membandingkan perbezaan Perlembagaan PAN dengan PAS kerana Perlembagaan PAS dilihat lebih menghampiri dasar Islam.

Ia termasuk PAS mempunyai Majlis Syura Ulama parti itu yang akan menilai setiap keputusan dibuat oleh PAS berdasarkan syarak dan aqidah.

“Kamarul hanya memetik bab pemilihan sahaja. Ini tindakan yang tidak adil kerana setiap parti berhak menentukan kaedah pemilihan tersendiri.

“Bahkan pemilihan khalifah selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW juga berbeza-beza,” kata Biro Undang-Undang PAN. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAN

Kategori