Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nuri Masih Berguna Tugas...

KUALA LUMPUR - Penggunaan helikopter Nuri masih relevan dan diperlukan oleh Tentera Udara...

Perhilitan Kesan Trend Simpan...

KUALA LUMPUR - Haiwan liar kambing gurun kerap dianggap sebagai ‘ibu duit’ bagi...

Pecah masuk Rumah &...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah di...

Geng Letup ATM Direman...

KUALA TERENGGANU - Lima lelaki direman selama empat hari bermula hari ini selepas...

Bulan Puasa Pun Masih Tabur Berpropaganda…

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan menuduh Ramadan tahun ini merupakan Ramadan paling sengsara buat rakyat Malaysia.

Beliau mendakwa rakyat sedang menderita kerana kos hidup di negara ini semakin meningkat naik dan harga barangan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan melalui agensinya.

Mohd. Sany mendakwa kononnya perkara itu terbukti dengan tindakan peniaga bazar Ramadan menaikkan harga jualan yang memberi kesan besar kepada pembeli.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seolah-olah tiada fungsinya.

“Kementerian ini gagal untuk menjalankan tugasnya bagi memastikan harga barangan selari dengan harga yang ditetapkan.

“Kegagalan fungsi penting kerajaan seperti KPDNKK ini adalah satu malapetaka besar buat negara, kerajaan yang ada tidak lagi mampu untuk mengurus hal negara khususnya melibatkan kepentingan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Dakwaan beliau itu bagaimanapun agak mengelirukan kerana rata-rata bazar Ramadan yang beroperasi tahun ini mendapat sambutan orang ramai yang mahu membeli juadah berbuka puasa.

Malah, tinjauan Mynewshub di beberapa bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang mendapati setiap sudut bazar Ramadan terbabit dipenuhi orang ramai dari petang hingga masuk waktu untuk berbuka puasa.

Lebih menarik, bukan Islam turut mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli makanan dan minuman yang dijual peniaga di situ walaupun mereka tidak berpuasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori