Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Non Muslim...

50 Ahli Parlimen di Singapura yang bukan beragama Islam mengambil inisiatif berpuasa selama...

3 Beranak Parah Terhumban...

BACHOK - Tiga beranak cedera parah selepas terhumban ke dalam gaung daripada atas...

Sokong Maghribi Tuan Rumah...

DHAHRAN - Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Maghribi, Nasser Bourita berkata Sidang Kemuncak...

Hudud: SKMM Siasat Laporan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah...

Calon PM PKR: ‘Perang Besar’ Dalam PH?

KUALA LUMPUR – Tiada kesepakatan untuk menamakan calon Perdana Menteri akan membawa kepada ‘perang besar’ dalam kalangan parti pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan terutamanya PPBM tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

Katanya, ini kerana PPBM juga mempunyai calonnya sendiri yang dianggap sebagai paling layak untuk memegang jawatan itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan pemimpin pembangkang sebagai gilakan jawatan Perdana Menteri dan rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana kejujuran mereka berpolitik.

“Wan Azizah dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri untuk tempoh sementara bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di tabir besi.

“Anwar sewajarnya sudah boleh berehat dan bersara daripada kancah politik dan menumpukan kepada keluarga setelah terpalit dengan pelbagai isu yang mencemarkan maruah, harga diri dan reputasi beliau,” katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.bogspot.com.

Malah katanya, perkembangan terbaru dalam pakatan pembangkang juga menjadi bukti bahawa PKR hanya memperjuangkan agenda politik Anwar yang masih rakus untuk berkuasa.

Beliau turut mengulas mengenai laporan berhubung senarai rahsia yang didakwa telah bocor pada kongres PKR lalu yang menyenaraikan Wan Azizah sebagai bakal Perdana Menteri dan Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Tindakan Pakatan Harapan yang menamakan Guan Eng sebagai calon Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai sesuatu yang janggal dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negara.

“Ini jelas menunjukkan bahawa PKR sekadar menjadi boneka kepada DAP, sebuah parti rasis yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina,” katanya.

PKR pada Kongres Nasional Tahunan ke-12 nya menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada PRU-14.

Namun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak memegang plakad ‘Anawar PM Ke-7’ meskipun pemimpin Pakatan Harapan yang lain memegang plakad itu sebagai tanda sokongan kepada Anwar.

Tun Dr. Mahathir juga dilihat hanya bermain dengan telefon bimbitnya manakala Muhyiddin hanya senyum dan menepuk tangan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=_KBRMKU9D5Q

Kategori