Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemberian Vaksin Harian COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian vaksin harian COVID-19 mencatatkan angka tertinggi semalam apabila...

Adib Diseret Dalam Keadaan...

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan...

DAP Dianggap Restui Kekejaman...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP boleh dianggap sebagai mereka yang merestui kezaliman dilakukan...

Borang Pencalonan 4 DUN...

KUCHING - Empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatat jualan borang pencalonan tertinggi...

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya ‘Fenomena Aidilfitri’

HANYA tinggal beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan seterusnya meraikan sambutan hari raya Aidilfitri.

Seperti tahun lalu, selebriti tanah air tidak ketinggalan memperkenalkan koleksi baju raya bagi menghangatkan sambutan lebaran tahun ini.

Sehubungan dengan itu, satu majlis fashion show, ‘Fenomena Aidilfitri 2017’ telah diadakan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, malam tadi dengan menampilkan 22 jenama atas satu platform.

Antara jenama selebriti yang terlibat adalah Rijal.co X Zizan Razak, El by Elfira Loy, Dara by Fathia Latif, Aisy Asyraf by Iman Muda Asyraf, LisaAdam X Emma Maembong, Nora Danish, Rijal.co X Janna Nick, dan ramai lagi.

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya Di 'Fenomena Aidilfitri 2017'

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya Di 'Fenomena Aidilfitri 2017'

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya Di 'Fenomena Aidilfitri 2017'

Ratusan koleksi baju raya dengan pelbagai rekaan yang telah diperkenalkan ini bakal memberikan pelbagai jenis pilihan buat lelaki dan wanita untuk lebaran kali ini.

Menariknya, pakaian yang tampil di Fenomena Aidilfitri ini ciri-ciri segar dan perincian yang eksklusif yang pastinya membuatkan kita rambang mata untuk memilih.

Sebagai contoh, koleksi rekaan kurta Aisy Asyraf by Iman Muda Asyraf yang menampilkan kelainan pada logo bersulat khat yang bakal menyerlahkan lagi pakaian itu.

Selain itu, jenama ini turut berani mengetengahkan corak bunga serta aluan daun parsley buat pemakai lelaki.

Dalam banyak-banyak koleksi yang dipersembahkan malam tadi, koleksi rekaan El by Elfira Loy merupakan antara yang mendapat tepukan gemuruh penonton kerana keunikan fesyen yang ditonjolkan seiring dengan trend anak muda masa kini.

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya Di 'Fenomena Aidilfitri 2017'


Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya Di 'Fenomena Aidilfitri 2017'

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya Di 'Fenomena Aidilfitri 2017'

Cantik! Artis Peraga Koleksi Raya Di 'Fenomena Aidilfitri 2017'

Menurut pihak penganjur Glass Go Media Sdn. Bhd., Sharkawi Salehuddin, tujuan peragaan fesyen ‘Lembaran Aidilfitri 2017’ ini diadakan bagi menaikkan fesyen tanah air ke peringkat antarabangsa.

“Ini merupakan kolabrasi kedua kami bersama dimana kita tampilkan lebih 12 jenama bersama 20 artis yang kita gabungkan dalam satu platform.

“Dengan gabungan semua koleksi ini, kita jangkakan lebih 300,000 pasang baju untuk dijual di seluruh negara termasuk Brunei.

“Kita juga akan bawa dan jual jenama ini di platform khemah gergasi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, butik Haqqi di Bangi, Aman Sentral, Alor Setar , Kedah dan Brunei tidak lama lagi.

“Kami berharap fashion show ini bakal menjadi fenomena untuk syawal tahun ini,” katanya kepada Mynewshub.

Semoga koleksi raya yang ditampilkan dalam Fenomena Aidilfitri 2017 akan membuatkan suasana aidilfitri si pemakai lebih bermakna. – MYNEWSHUB.CC

Kategori