Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Lulus Himpunan Pertahan...

KUALA LUMPUR - Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang akan diadakan di...

Imigresen Kedah Tahan 18...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 13 lelaki dan lima wanita warga...

Memalukan….Menteri Mengaku Tak Baca...

PARIS –Seorang menteri wanita Perancis, Fleur Pellerin mengejutkan penduduk di negara berkenaan selepas...

Kereta Curi ‘Terbang’ Rempuh...

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dipercayai dicuri 'terbang'...

Ceroboh Perairan 48 Nelayan Vietnam Ditangkap

NARATHIWAT – Polis Marin Thailand menahan 48 nelayan warga Vietnam yang menaiki empat bot kerana menceroboh perairan negara itu untuk menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram, semalam.

Ketua Polis Marin Narathiwat, Mej Nathapong Takaew berkata, penahanan kapal-kapal nelayan Vietnam itu berlaku petang semalam kira-kira 35 batu nautika dari pantai Narathiwat.

“Turut ditahan dalam operasi itu adalah empat tekong serta enam anak kapal yang berusia bawah umur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, enam anak kapal di bawah umur itu diserahkan kepada Badan Pembangunan Masyarakat Narathiwat untuk tindakan lanjut.


Anak-anak kapal nelayan yang lain telah dibawa ke Balai Polis Muang dan didakwa memasuki Thailand tanpa izin serta menangkap ikan tanpa kebenaran pihak berkuasa di perairan negara itu, menurutnya.

Nathapong berkata, jika didapati bersalah mereka boleh didenda antara 2,000 Baht (RM250) hingga 10,000 Baht (RM1,250). – BERNAMA

Kategori