Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Jangan ‘Latah’ Buat Kenyataan...

KUALA KANGSAR - Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak terburu-buru mengeluarkan...

Penumpang Terkejut Tambang Feri...

ALOR SETAR - Rata-rata penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuala Kedah...

Kurang Tumpuan Punca Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kegagalan pemain skuad Harimau Malaya memberi tumpuan sepenuhnya pada penghujung...

“Dah Settle, Tapi Zahirah...

NAMA Zahirah MacWilson kebelakangan ini telah dikaitkan dengan keretakan hubungan cinta antara pelakon...

Cinta Boleh Ganggu Fokus Kerjaya – Wak Doyok

MENJAWAB persoalan cari pengganti teman hidup selepas hubungan bersama Azrinaz Mazhar Hakim berakhir tahun lalu, ikon fesyen, Wak Doyok berkata dia masih belum berfikir secara serius.

“Cinta boleh mengganggu fokus terhadap kerjaya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut kepada sebuah portal tempatan.

Menurut Wak Doyok, dia sedia maklum bahawa jika dia mula berfikir soal kehidupan peribadinya, ia akan mengganggu kariernya yang sedang berkembang.

“Buat masa ini lebih baik jika saya fokus terhadap kerjaya saya sahaja. Banyak perkara yang saya perlu uruskan sekarang.

“Risau pula kalau saya bercinta, ia mungkin akan mengganggu fokus kerana cinta dan karier bukannya boleh dicampurkan,” katanya lagi.

Namun jelas Wak Doyok, dia kini sedang sibuk menguruskan koleksi baju Melayunya dan bakal mengeluarkan 100,000 pasang kerana mendapat permintaan yang tinggi tahun lalu dan belum sempat berfikir tentang percintaan.


Kata pemilik nama sebenar Muhammad Azwan Mohd. Nor ini, dia tidak mahu bercinta buat masa ini bukan kerana serik, tetapi hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.

“Bukan bermaksud saya serik kerana saya akan bercinta apabila tiba masa yang sesuai nanti,” ujar Wak Doyok lagi. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER: mStar Online.

Kategori