Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

F1: Ferrari Sudah Perlu...

MARANELLO – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz berharap ‘eksperimen’ yang dilakukan sepanjang saingan Formula...

Berhutang Demi Projek Kereta...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mahu penjelasan daripada kerajaan adakah syarikat pelaburan...

TPM Bukti Komitmen Sebagai...

BUTTERWORTH - Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) di...

Anggota Polis Malas Solat...

GAMBAR di atas yang memaparkan sekumpulan lelaki 'berjemur' ini bukanlah merupakan latihan fizikal,...

Dah Kena Tangkap, Baru Nak Ingat Anak Bini

“BINI saya,  anak saya abang, tolong,” demikian rayuan seorang penjenayah selepas ditahan penduduk kerana dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah premis di Jalan Hassan Off Jalan Sungai Udang, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian 4 pagi kelmarin, suspek bersama tiga lari rakannya memecah masuk rumah kedai tersebut namun tindakan mereka disedari isteri pemilik premis berkenaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Malangnya, suspek gagal melarikan diri apabila penduduk kampung berjaya menangkapnya di tepi longkang berdekatan dengan premis berkenaan.

Video rakaman ketika suspek ditahan menjadi tular menerusi media sosial dan jelas memaparkan keadaannya dipukul dan merayu supaya dilepaskan.

Menerusi video berkenaan, suspek meminta orang ramai untuk menghubungi isteri dan ayahnya serta mengaku pernah tinggal di kawasan tersebut.

Ada suara pada rakaman tersebut yang menyatakan suspek pernah menjalani hukuman di penjara sebelum ini namun ia tidak memberi keinsafan kepada diri suspek.

Pada rakaman tersebut, keadaan suspek tidak bermaya selain terdapat wang yang dipercayai hasil curi berada berdekatan dengannya.

Suspek kemudiannya dibawa ke sebuah kedai sebelum dihampiri penduduk kampung yang berang dengan tindakkannya memecah masuk premis rumah kedai berkenaan.


Orang ramai mendesak suspek untuk memberi maklumat mengenai tiga rakannya yang terlibat dan ada di antara mereka yang bertindak memukul suspek yang berada dalam keadaan lemah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan pemilik premis selepas bergelut dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM70 serta pemotong besi yang digunakan untuk memotong mangga kunci rumah kedai itu.

Jelasnya, tiga suspek yang masih bebas sudah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori