Wednesday, October 23, 2024

Creating liberating content

Manifesto Malaysia Sejahtera Tiada...

KUALA LUMPUR - Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, akan melancarkan manifesto...

Pasangan Orang Asli Tinggalkan...

MARAN - Kegigihan sepasang suami isteri Orang Asli untuk menyara keluarga, menyebabkan mereka...

A&J Burger Atur Langkah...

KUALA LUMPUR - Bagi peminat burger, jenama A&J Burger mungkin asing dan tidak...

Bantuan e-Dompet Diperluas Kepada...

Shah Alam : Kerajaan akan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa di...

DAP Beri Peringatan Jangan Jadi Malaysia Negara Islam!

KUALA LUMPUR – DAP Sarawak memberi peringatan kepada UMNO dan PAS supaya tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana mendakwa Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, sebarang usaha untuk menukar Malaysia daripada negara sekular kepada sebuah negara Islam merupakan satu sekatan kepada hak kebebasan beragama di negara ini.

“Sama ada pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh akan menjadi satu lagi indikator bahawa kerjasama UMNO dan PAS untuk merubah Malaysia dari negara sekular kepada negara Islam yang akan menyekat kebebasan beragama bukan Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis ke atas Hannah Yeoh berhubung agenda Kristianisasi DAP seperti yang terkandung dalam buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’.

Kamarul Zaman mendakwa, Hannah dalam penulisannya secara terbuka mengakui penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian dan menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

Penganalisis politik itu turut mendakwa Hannah menyeru Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian umumnya mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Mengulas lanjut perkara itu, Chieng Jen berkata, jika laporan polis Kamarul Zaman yang taksub agama itu disiasat pihak berkuasa, maka setiap buku yang mengajar agama selain Islam di Malaysia perlu disekat.


“Bukan sahaja ketaksuban beliau memalukan negara, tetapi dia sebagai pensyarah akan mempengaruhi minda generasi muda untuk tidak toleran terhadap agama lain.

“Kita berasa kesal dan sedih kerana ada pensyarah universiti awam tidak menghormati kebebasan agama bukan Islam,” katanya dengan penuh biadab.

Ironi, Chieng Jen terlupa agama Persekutuan di negara ini ialah Islam dan termaktub rasmi dalam perlembagaan manakala undang-undang jelas melarang agama lain disebarkan kepada umat Islam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori