Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Kerja Tanpa Gaji,...

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana...

Bayaran Balik: Kabinet Arah...

KANGAR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat kajian bagi mengenal...

VIDEO: Ini Sebabnya Lelaki...

PENGELUAR kenderaan Ford baru-baru ini mengeluarkan iklan komersial menarik yang memaparkan adegan blind date beberapa lelaki...

Novelis Parah, Anak Cedera...

SEREMBAN - Seorang novelis dan anak lelakinya cedera ditetak selepas bergelut dengan penyamun...

Didakwa Membunuh, Guna Tangki Gas Untuk Berparti

GARA-GARA nak berseronok dalam satu parti, seorang datuk bandar telah didakwa dengan tuduhan membunuh selepas mengambil satu-satunya tangki oksigen bergerak di pusat kesihatan di bandar Luiziana, di selatan Brazil untuk digunakan dalam parti berkenaan.

Jose Claudio Pol yang merupakan datuk bandar di Luiziana, menggunakan tangki gas tersebut bagi menyedut minuman keras ketika menganjurkan parti sempena tahun baru di rumahnya.

Disebabkan keadaan berkenaan, pada malam yang sama seorang pesakit yang memerlukan oksigen telah meninggal dunia.

Didakwa Membunuh, Guna Tangki Gas Untuk Berparti

Selepas gambar tangki berkenaan tersebar menerusi media sosial, Pol telah digantung tugas namun kini dia telah didakwa membunuh selepas perbuatannya itu menunjukkan dia terbabit dalam kematian pesakit.

Menurut laporan, Pol telah mengarahkan pekerjanya untuk mengambil tangki bergerak itu dan dibawa ke rumahnya.


Beberapa jam kemudian, pada malam yang sama seorang wanita telah dimasukkan ke pusat kesihatan itu selepas mengalami serangan jantung.

Disebabkan kesihatannya semakin teruk, doktor memutuskan untuk memindahkan wanita berkenaan ke hospital lain namun disebabkan tangki oksigen bergerak tiada, dia meninggal dunia selepas mengalami satu lagi serangan jantung ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Kategori