Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Presiden China Beri Hadiah...

BOAO (Hainan, China) - Presiden China, Xi Jinping menyampaikan hadiah istimewa kepada anak...

Jabatan Kehakiman Syariah Sabah...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah menafikan berlaku lambakan kes rayuan...

98,142.5 Tan Sampah Dibersihkan...

KOTA BAHARU - Sebanyak 98,142.5 tan sampah di seluruh Kelantan dipungut melalui operasi...

Lebih 400,000 Kanak-Kanak Dijangkiti...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak...

DCA, MAHB Perlu Kaji Mendapan Di LTSAS – Liow

BENTONG – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melakukan kajian menyeluruh berhubung mendapan di landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Perak.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan walaupun kerja baik pulih telah dilaksanakan dan LTSAS sudah kembali beroperasi pada petang semalam, selepas ditutup hampir 24 jam.

“Isu ini melibatkan keselamatan penumpang. Walaupun mendapan itu telah dibaiki, itu adalah penyelesaian jangka pendek. Tetapi untuk jangka panjang, kita kena buat kajian untuk pastikan landasan itu benar-benar selamat.

“Jika berlaku mendapan itu bermaksud ada lubang di bawah tanah dan apabila hujan, air mengalir di bawah tanah dan boleh menyebabkan hakisan serius. Perkara ini tidak boleh kita pandang remeh,” katanya.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Bentong-Sabai di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Pengerusi MIC Pahang Datuk R. Goonasekaran.

Liow juga memberi jaminan pemeriksaan yang dilakukan juga mendapati landasan itu masih selamat untuk digunakan menyebabkan tiada arahan dikeluarkan untuk menghentikan operasi LTSAS.

Semalam, MAHB dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara LTSAS bermula 6.40 petang Khamis, selepas pemeriksaan rutin oleh pasukan teknikal mendapati wujud kesan mendapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon pula dilaporkan berkata pemeriksaan menjumpai satu kawasan seluas 12 sentimeter dengan kedalaman satu meter di landasan itu.


Dalam perkembangan lain, Liow memaklumkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sudah menyiapkan laporan berhubung siasatan kejadian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH2718 tergelincir di Lapangan Terbang Sibu pada 8 April lalu.

“Saya akan memberi penerangan berkaitan laporan itu kepada Kabinet terlebih dahulu dan selepas itu, baharulah laporan itu akan dimuat naik ke laman web kementerian. Itu adalah prosedur biasa yang digunakan,” katanya.

MH2718 yang menggunakan pesawat Boeing 737-800 itu dilaporkan tergelincir semasa mendarat dalam hujan lebat di lapangan terbang itu, bagaimanapun semua 61 penumpang dan enam anak kapal selamat.

Selain itu, Liow juga memaklumkan bahawa projek peluasan Pelabuhan Kuantan dekat sini, yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dijangka siap pada Jun tahun hadapan dengan kos keseluruhan bernilai RM4 bilion.

Katanya, kerajaan Persekutuan melabur RM1 bilion manakala bakinya adalah daripada pihak swasta iaitu IJM Corporation Berhad dan Guangxi Beibu International Port Group.

“Kerja peluasan ini perlu siap mengikut tempoh yang ditetapkan kerana pada tahun hadapan kilang besi dan keluli d Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng dijadualkan beroperasi.

“Sudah pasti mereka memerlukan sebuah pelabuhan yang boleh dilalui kapal-kapal besar bagi urusan pengangkutan. Projek peluasan ini juga akan meningkatkan tambah nilai pelabuhan dan merancakkan ekonomi di Kuantan,” katanya. – BERNAMA

Kategori