Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Wira Hancur Dirempuh...

KUALA TERENGGANU - Penguna jalan raya yang melalui Jambatan Sultan Mahmud, di sini,...

Struktur SST Lebih Baik...

KUALA LUMPUR - Struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu lebih baik bagi...

TNB Nafi Berlaku Limpahan...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan berlakunya limpahan...

4 Kematian, 660 Kes...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi iaitu 660...

Dewan Muslimat PAS ‘Low Profile’, Bekerja Demi Rakyat

ALOR SETAR – Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS dilihat begitu lantang meminta PAS Pusat menamatkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar PAS ke-63, yang berlangsung sejak 27 April dan berakhir hari ini.

Bagaimanapun, Dewan Muslimat PAS mengambil pendekatan berbeza apabila dilihat seolah-olah ‘tidak mengambil peduli’ berhubung isu itu.

Perkara ini jelas terbukti apabila usul memutuskan hubungan kerjasama politik dengan rakan sekutunya itu tidak disentuh dalam muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS, Khamis lepas.

Ucapan penangguhan perwakilan dari setiap negeri juga tidak menyentuh secara langsung isu tahaluf siyasi PAS dengan mana-mana parti politik. Keadaan itu menjadikan sayap kaum hawa itu ‘kurang panas’ kerana para perwakilan Muslimat lebih banyak menumpukan kepada isu-isu dakwah, kebajikan, wanita dan kepenggunaan, kos sara hidup, perundangan keluarga dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pernyataan sokongan Dewan Muslimat bagi menamatkan tahaluf siyasi itu bagaimanapun disuarakan menerusi usul yang dibentang Dewan Ulama semasa perbahasan semalam, dan menyerahkan perkara itu untuk diperhalusi Majlis Syura Ulama.

Menjawab persoalan itu, Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh berkata Dewan Muslimat kelihatan ‘senyap’ berhubung isu itu kerana ia sudah pun dibincangkan pada muktamar tahunan dewan itu tahun lepas.

“Isu ini, Dewan Muslimat yang bawa pada muktamar tahun lalu. Kami lebih maju. Usul ini telah pun di bawa dalam muktamar di Kelantan supaya Majlis Syura Ulama membuat kajian tentang hubungan dengan PKR.

“Masa itu dewan lain tak bawa lagi (usul ini), kami dah buat. Jadi, untuk kali ini ada usul tersebut tapi kita dah bincang dah tahun sudah, buat apa nak bincang lagi. Kita terima sahaja usul tersebut dan kita serah kepada Majlis Syura Ulama,” katanya kepada Bernama.

Merumuskan isu tahaluf siyasi itu kini di tangan pucuk pimpinan, Nuridah menegaskan perkara itu kini diserahkan kepada Majlis Syura Ulama bagi mengelakkan polemik daripada para media.


“Walaupun mungkin orang nampak ‘low profile’, saya rasa itu lebih baik. Janji saya buat kerja dalaman untuk Muslimat dan kita pergi kepada masyarakat. Sekarang ini kita lebih kepada bekerja untuk rakyat,” katanya.

Semalam, muktamar meluluskan usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR yang dibentangkan Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail selepas mendapat sokongan padu daripada para perwakilan.

Mengulas peranan Muslimat di dalam parti, Nuridah berkata peranan mereka sangat penting terutamanya untuk turun padang bertemu pengundi menjelang PRU-14.

“Muslimat ini teras tiang sebenarnya. Peranan Muslimat memang sangat penting terutama yang nak pergi jumpa pengundi. Muslimat yang boleh naik ke rumah dari depan sampai ke dapur, memang tak dinafikan. Muslimin pun ‘serah diri’ kalau Muslimat tak ada… macam rumah tangga juga,” katanya.

Berhubung kesediaan PAS untuk menambah kuota calon bagi Muslimat, selain memastikan 45 peratus calon untuk PRU-14 terdiri daripada golongan muda, beliau berkata pihaknya akan turun ke peringkat PAS negeri-negeri bagi melihat calon-calon yang bersesuaian untuk dikemukakan kepada pucuk pimpinan.

Beliau berkata tiada sekatan untuk Muslimat daripada golongan muda turut bertanding pada PRU-14 kerana sudah wujud kesedaran yang tinggi dalam kalangan mereka mengenai Islam dan kepentingan untuk memartabat agama rasmi Malaysia dan membela ummah. – BERNAMA

Kategori