Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Adira Akui Hubungi Ruhainies...

BELUM pun sampai setahun hubungan rumah tangga penyanyi Adira dan Datuk Seri Adnan...

KAFA Perlukan RM6 Juta...

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan dana sebanyak RM6 juta...

Pakatan Harapan Bakal Kalah...

KUALA LUMPUR - PAS menganggap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan...

Dewan Rakyat Lebih Demokratik...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat berlangsung secara lebih demokratik pada era pemerintahan...

Dijemput Ilahi Ketika Hantar Anak Ke Sekolah

KOTA BHARU – Perjalanan seorang ibu yang memandu kenderaan jenis pacuan empat roda untuk menghantar tiga anaknya ke sekolah tidak kesampaian selepas mangsa maut akibat sesak nafas di Kampung Cherang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, Mazlina Mohamad, 45 sempat memberhentikan kenderaanya di bahu jalan selepas dia secara tiba-tiba merasa sukar untuk bernafas sewaktu memandu.

Dijemput Ilahi Ketika Hantar Anak Ke Sekolah

Dijemput Ilahi Ketika Hantar Anak Ke Sekolah

Anaknya, Nurul Aqlami Aula Abdul Aziz, 9, berkata, ibunya kemudian turun dari kenderaan dan baring di tempat duduk belakang.

“Ketika itu saya lihat ibu seperti keletihan sebelum terus baring di tempat duduk belakang. Ibu kemudian tidak sedarkan diri dan meninggal dunia,” katanya memetik portal Harian Metro.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik telah mengesahkan kejadian dan menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan…

Kategori