Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Teknologi Bantu Atasi Kebergantungan...

KUALA SELANGOR - Pemain industri dalam sektor pembinaan dan pertukangan disaran mengoptimumkan penggunaan...

Trafik Bergerak Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dari kedua-dua arah...

1,922 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 1,922 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,530,312.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

4 Mayat Murid Orang...

GUA MUSANG - Empat jasad murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang...

Donald Trump Pecat Pengarah FBI, James Comey

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, ekoran menyiasat pasukan kempen politik dengan Rusia.

Comey mencetuskan kontroversi dalam Pilihan Raya Presiden 2016 apabila beliau mengetuai agensi itu dalam siasatan bagi menentukan sama ada beberapa pembantu Trump bersekongkol dengan Moscow untuk meraih undi.

Dalam sepucuk surat kepada Comey, Trump berkata: “Kamu dipecat daripada jawatan berkuat kuasa serta-merta. Walaupun saya amat hargai tindakan kamu menyalurkan maklumat kepada saya dalam tiga majlis berbeza.

“Bahawa saya akhirnya tidak perlu disiasat, namun saya terpaksa bersetuju dengan keputusan Jabatan Kehakiman AS bahawa kamu tidak mampu untuk mengetuai biro ini secara berkesan.

“Justeru, adalah penting untuk kami mencari pimpinan baharu untuk mengetuai FBI bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dalam misi penguatkuasaan undang-undangnya yang penting,” kata Trump.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer memberitahu pemberita, Presiden AS itu menerima cadangan Peguam Negara dan Timbalan Peguam Negara membabitkan pemecatan Pengarah FBI.


Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Spicer berkata, usaha untuk mencari pengarah baharu FBI dijangka bermula dengan segera.

Pengarah FBI dilantik untuk tempoh satu penggal selama 10 tahun. Comey, 56, popular dalam kalangan ejen dalaman agensi itu dan beliau dilantik sejak empat tahun lalu. – AFP

Kategori