Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Demokrat Anggap Trump Gila,...

WASHINGTON (Amerika Syarikat) - Bimbang dengan kesihatan mental Donald Trump, seorang ahli politik...

Jamal Disaman Fitnah Berhubung...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman terhadap...

Isu Pendakwah Anti-Islam: Paderi...

SYUKUR... Seorang paderi tempatan memohon maaf kepada Mufti Singapura dan pemimpin Islam setempat...

Warga Emas Ramas Punggung...

SINGAPURA - Seorang penganggur warga emas berusia 53 tahun mengaku bersalah pada Khamis...

2 Rumah Terbakar, 20 Hilang Tempat Tinggal

SIBU – Seramai 20 orang daripada dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah yang mereka diami di Lorong Ikan Belanak, Kampung Bahagia Jaya, Jalan Teku di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sarawak Mutalib Rashid berkata, kesemua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.23 pagi itu.

Kedua-dua rumah satu tingkat binaan kayu tersebut musnah seratus peratus.

Beliau berkata, api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada 1.20 pagi.


“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori