Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bapa ‘Setan’ Rogol Anak...

PUTRAJAYA - Seorang bapa dihukum penjara 48 tahun dan sebat 24 kali di...

Bellew Tinggalkan MAB Selepas...

SELEPAS setahun menerajui Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew akhirnya meninggalkan syarikat penerbangan...

GMMF Kutuk Serangan Masjid...

KUALA LUMPUR - Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas di...

Kanak-Kanak Terperangkap 45 Minit...

LUMUT - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira 45 minit...

Wira Paralimpik Muka Baru Dairy Champ

REZEKI berganda buat dua wira paralimpik kebangsaan Ridzuan Puzi dan Muhammad Ziyad apabila ‘dilamar’ menjadi muka baru kepada produk susu pekat manis, Dairy Champ.

Ini sekali gus mencipta sejarah baru apabila menjadi atlet paralimpik pertama dipilih sebagai duta produk jenama tenusu itu.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua atlet ini akan menjadi ikon baru dalam kempen produk tenusu kegemaran ramai, sekali gus bakal beraksi dalam iklan kreatif yang sebelum ini menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Dairy Champ menarik perhatian rakyat Malaysia dengan iklan kreatif mencuit hati yang menampilkan Datoā€™ David Arumugam dan Datoā€™ Seri Vida.

Pengurus Pemasaran Etika Sdn. Bhd., S Santharuban berkata, kedua-dua wira kebangsaan itu dilamar menjadi duta baru selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam bidang sukan.

Menurutnya, kegigihan dan semangat ditonjolkan mereka untuk meraih kejuaraan dilihat selari dengan tema produk Dairy Champ iaitu ā€˜Mesti-Lahā€™.

“Kami amat kagum apabila Ridzuan Puzi yang menghidap cerebral palsy (CP) sejak setahun, mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat emas di Paralimpik Rio 2016.


“Malah Muhammad Ziyad meraih pingat emas serta mencipta rekod dunia baru menerusi acara lontar peluru lelaki F20,”Ā katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya, rakyat Malaysia akan melihat kempen pemasaran membabitkan dua atlet paralimpik itu di beberapa platform termasuk di papan iklan, media cetak dan digital dalam tempoh terdekat.

ā€œKami tidak sabar untuk berkongsi kempen ikonik ini bersama rakyat Malaysia. Diharapkan ia akan menjadi inspirasi buat semua,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori