Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Main Batu’, Jangan Sampai...

TIDAK kiralah permata jenis intan, nilam atau zamrud, jika hati sudah berkenan dan...

Jangan Bimbang Penurunan Penarafan...

PETALING JAYA - Malaysia tidak perlu bimbang ke atas sebarang potensi penurunan penarafan...

Majoriti Rakyat Terima, Faham...

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima dan memahami usaha kerajaan...

KJ Sambut Baik Pembatalan...

KUALA LUMPUR - Pembatalan perpindahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke...

Elfira Impikan Lelaki Yang Pandai Gosok Baju

JIKA wanita lain dambakan lelaki yang berwajah tampan dan bertubuh sasa, lain pula ceritanya dengan pelakon genit Elfira Loy.

Dia yang popular menerusi siri drama Dalam Hati Ada Taman ini mendedahkan bahawa mana-mana lelaki yang sedang memburu cintanya haruslah pandai gosok baju!

Agak melucukan juga kriteria lelaki idaman yang disebutkan oleh Elfira itu. Ya lah, kalau gadis lain sudah tentu mahu ciri-ciri yang normal seperti memakai pendakap gigi, tidak merokok atau mempunyai paras rupa ala-ala K-Pop, Elfira pula ‘lain’ sedikit kecenderungannya.

Namun menurut Elfira yang mesra membahasakan dirinya sebagai El ini, dia punyai alasan sendiri mengapa dia suka lelaki yang pandai seterika baju.

“El sebenarnya ada masalah guna seterika. Kalau tidak baju yang digosok tu berlubang atau terbakar, mesti baju itu akan berkedut sampai saya pun naik hairan.

“Saya ingin berpesan kepada bakal suami agar dapat membantu saya seterika baju kerana saya mempunyai masalah untuk menggunakannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Elfira Impikan Lelaki Yang Pandai Gosok Baju


Elfira Impikan Lelaki Yang Pandai Gosok Baju

Sudah maklum Elfira kini ‘berteman tapi mesra’ dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Jadi adakah ini sebenarnya hint kepada lelaki itu? Halus permainan Elfira, kan!

Walaupun hanya melabelkan hubungan mereka sebagai kawan namun gambar-gambar mesra mereka di Instagram menggambarkan sebaliknya.

Apa-apa pun sekarang Sufian sudah perlu take note dan praktis gosok baju hari-hari sebagai persediaan menjadi suami Elfira, LOL! – MYNEWSHUB.CC

Kategori