Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Festival Yulin: Jamuan Daging...

Walaupun menerima kecaman dan protes dari masyarakat antarabangsa, nampaknya ia tidak menghalang Festival...

Warga Emas Dera Kejam...

SINGAPURA - Dua daripada 39 ekor kucing yang berjaya diselamatkan daripada sebuah rumah...

Perlu Mekanisme Khusus Lindungi...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi mencadangkan kerajaan mewujudkan...

Pembangkang Usah Ganggu Polis...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC menggesa pemimpin pembangkang supaya tidak cuba masuk campur...

Empat Termasuk Suspek Bergelar Datuk Dibebas

ALOR SETAR – Empat termasuk seorang suspek bergelar ‘Datuk’ yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai lebih RM20 juta, dibebaskan hari ini.

Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah Alor Setar Rusmini Mat Rashid membenarkan empat suspek lelaki masing-masing berusia 53, 30, 34 dan 48 tahun itu dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas reman ke atas mereka tamat hari ini.

Kesemua mereka dibenar dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun reman seorang lagi suspek berusia 37 tahun yang merupakan pegawai kanan Imigresen di Padang Besar, Perlis, disambung selama enam hari bermula hari ini.

Dalam Ops Lavish pada 8 Mei lalu, SPRM menahan seorang pegawai kanan Imigresen Padang Besar yang berusia 37 tahun, seorang pegawai penguat kuasa Imigresen Padang Besar berusia 34 tahun dan seorang kontraktor berusia 48 tahun di dua lokasi sekitar Alor Setar dan Perlis.

​​​​​​​Mereka disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.

Susulan itu SPRM Kedah berjaya merampas barangan dan wang bernilai RM1.9 juta yang merangkumi lima kenderaan mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan wanita berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.


Hasil siasatan membawa kepada penahanan dua lagi suspek lelaki pada 9 Mei iaitu seorang kontraktor bergelar Datuk berusia 53 tahun yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya.

Mereka dipercayai menjadi penjaga aset dan harta kepada suspek utama (pegawai kanan Imigrsen) berkenaan.

SPRM turut menyita sejumlah RM3 juta termasuk wang tunai RM1.5 juta di rumah seorang daripada dua suspek berkenaan (yang ditahan pada 9 Mei) dan menjadikan jumlah sitaan dan pembekuan setakat ini berjumlah RM6.57 juta.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah. – BERNAMA

Kategori