Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Mengaku Jesus Sambil...

SYDNEY - Seorang lelaki ditahan selepas berbogel dan menyerang pihak polis dalam sebuah...

Lebih 200 Jawatan Tetap...

KOTA KINABALU -  Sebanyak 259 jawatan tetap yang ditawarkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang...

92 Terbunuh Nahas Pesawat...

MOSCOW - Tiada mangsa selamat di kesan di Laut Hitam, lokasi kemalangan pesawat...

Bawa Kambing Campak Atas...

Accra (GHANA) - Sekumpulan gembala mempunyai cari unik dan mungkin sukar dipercayai untuk...

Erra Fazira Tak Mahu Fikir Soal Cinta, Fokus Lain

PENYANYI dan pelakon Erra Fazira enggan memikirkan lagi soal perkahwinan dengan serius dan dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Menurut Erra, pada tahap kehidupannya sekarang, dia mahu memberikan sepenuh fokus kepada perkara lain termasuk kerjaya dan dia juga gembira dengan kehidupannya ketika ini.

“Nak harap jodoh datang bergolek, entah bila? Jadi saya membuat keputusan untuk ‘go with the flow’ sahaja dalam soal melibatkan cinta dan perkahwinan.

“Lebih baik saya fokus kepada benda lain seperti kerjaya dan kehidupan saya. Saya tak mahu fikir soal cinta, jika ada jodoh, pasti ada jalannya,” kata Erra epada mStar Online.

Dalam pada itu, Erra juga mengaku pernah melalui fasa mahukan teman tetapi dia bersyukur kerana mempunyai keuarga, anak dan rakan-rakan dalam hidupnya.


“Bagi saya, itu fitrah bagi sesiapa pun untuk mempunyai pasangan. Tetapi soal jodoh bukan urusan kita.

“Saya pernah rasa inginkkan teman hidup tetapi fasa itu sudah berlalu kerana ada fokus lain dalam hidup termasuk anak, rakan-rakan dan keluarga,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori