CHELSEA telah mengesahkan kejuaraan mereka di dalam liga premier untuk kali ke-5. Di bawah era Antonio Conte, beliau telah bawa revolusi taktikal yang baharu di dalam liga perdana Inggeris.
Dengan menggunakan formasi yang agak baru di premier league iaitu 3-4-3, ia telah membawa kejayaan kepada pasukan ini. Chelsea bermula agak hambar apabila mereka kalah dengan Liverpool dan Arsenal.
Namun selepas kekalahan tersebut, ia telah menjadi titik tolak Chelsea untuk bangkit sehingga berjaya mengekalkan rekod 13 kemenangan berturut-turut.
Sebelum kemenangan itu, Conte hanya menggunakan taktikal lama Chelsea iaitu 4-2-3-1. Namun hasil sentuhan magis beliau telah berjaya mengubah pasukan Chelsea yang sekarang ini.
Beliau telah memulakan taktikal 3-4-3 dan kemudian nya mula ditiru oleh beberapa pasukan yang lain seperti totenham dan arsenal.
Taktikal konvensional pasukan-pasukan di England bermula dengan taktikal klasik 4-4-2.
Di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, Manchester United boleh dikatakan kelab yang paling berjaya menggunakan taktikal ini.
Taktikal ini menggunakan “Right Winger” (RW / RM) yang berkaki kanan dan begitu juga “left winger” (LW/LM) juga berkaki kiri.
Tugas mereka adalah memberi servis kepada target Man di hadapan. Namun kemudian evolusi taktikal ini telah berubah kepada 4-2-3-1.
Jose Mourinho telah Berjaya memberi kejayaan pertama buat Chelsea pada tahun 2005 dengan menggunakan taktikal 4-2-3-1 ini.
Winger pada taktikal ini berbeza berbanding di dalam system 4-4-2 dimana “left winger” (LW) adalah mereka yang berkaki kanan begitu juga sebaliknya.
Mereka akan berperanan sebagai “inside forward”. Winger di taktikal ini haruslah mempunyai kreativit, Dribling, dan finishing yang tinggi. Antara contoh winger yang Berjaya dalam posisi ini adalah Cristiano Ronaldo.
Sekarang evolusi yang dibawa oleh Antonio Conte di bawah sistem 3-4-3 telah merubah senario taktikal di dalam liga premier.
Mungkinkah selepas ini taktikal ini akan menggantikan taktikal biasa 4-2-3-1 di liga premier England.
Mungkinkah juga pasukan-pasukan Liga Super di Malaysia juga akan mengikut jejak langkah yang sama dengan mengadaptasi taktikal ini.