Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Permohonan MyKid Dibuka Semula...

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)...

5,859 Kes Baharu COVID-19...

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan...

Belanjawan 2021 Penting Untuk...

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2021 penting buat sektor pendidikan agar segala perancangan dan...

Jumlah Besar Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus...

Ezlynn Enggan Buka Mulut Hal Rumahtangga

MENGAKUI sedang berasa dalam keadaan tertekan sehingga kesihatannya terjejas, penyanyi dan pelakon Ezlynn mengambil langkah tidak membuka mulut tentang keadaan perkahwinannya.

Ini kerana dia berasa risau jika ia akan mengganggu keadaan emosinya.

Ezlynn, 35, yang kini dirawat di Prince Court Medical Centre akibat demam mahu memberi perhatian terhadap kesihatannya terlebih dahulu daripada memikirkan perkara lain.

“Saya tidak mahu komen tentang itu, memandangkan dia (suami), ia akan buat saya lebih tertekan.

“Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain.

“Saya harap awak dapat memahami keadaan saya,” ujarnya.

Situasi rumah tangganya dengan Adam Fahmi Shamsuddin yang dikatakan goyang ketika ini.


Pasangan itu mendirikan rumahtangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Ezlynn pada status Instagram yang kongsinya pada malam Khamis memaklumkan dia berada dalam keadaan tertekan dan terkejut sehingga jatuh sakit.

“Kalah juga akhirnya, tak sangka, badan dan fikiran saya terperanjat, sangat tertekan dengan apa yang berlaku malam tadi.

“Terima kasih atas doa semua dan kekuatan yang diberikan… Insya’Allah semuanya ok,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori