Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penubuhan JKNMPP Bukti Ketelusan...

GEORGE TOWN - Penubuhan jawatankuasa khas mengenai pembiayaan politik membuktikan Perdana Menteri Datuk...

Kanak-Kanak Lelaki Hilang Dijumpai...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika memancing di Sungai...

K’jaan Nafi Dakwaan Akan...

BEBERAPA hari lalu, netizen kecoh dengan isu kononnya kerajaan akan menyekat akses terhadap...

306 Sampel Kes Positif...

PUTRAJAYA: Sejumlah 306 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang memasuki negara...

Fazura, Jason Dy Lancar Klip Video Single Terbaru

FAZURA memang tidak kenal erti putus asa!

Setelah menyumbangkan suara menerusi lagu Hancur Aku kolaborasi bersama kumpulan Estranged, kini pelakon Kami Histeria itu tampil dengan single duet bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy berjudul Nothing Like Pag Ibig atau Nothing Like Cinta Ini.

Semasa ditemui ketika pelancaran video muzik karaoke Nothing Like Pag Ibig di Red Box, The Gardens. Kuala Lumpur petang Rabu, Fazura tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira terhadap hasil lagu dan video muzik tersebut.

“Saya amat gembira dapat berkolaborasi dengan Jason yang juga rakan baik saya sendiri. Proses rakaman dan pembikinan klip video kami juga merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan,” kata Fazura.

Sementara itu, Jason yang digelar Raja R&B Filipina itu juga berasa amat berbesar hati dapat merakamkan lagu duet bersama Fazura yang dilihatnya cukup berbakat dalam bidang nyanyian.

“Saya amat teruja apabila pihak syarikat rakaman memberitahu bahawa saya akan merakamkan lagu dengan Fazura yang sungguh berbakat.

“Saya ingin mengetengahkan kuasa muzik dan bagaimana muzik mampu menyatukan sesama kita tanpa mengira bahasa,” jelas Jason.


Tambahnya lagi, kejelitaan Fazura diakui agak menggugat ketenangan dirinya semasa di dalam studio rakaman, namun mereka masing-masing profesional.

“Dia (Fazura) seorang yang cantik luar dan dalam, oleh itu tidak menjadi masalah untuk kami bersama-sama menghayati lagu tersebut,” ujar Jason lagi.

Dengan single terbaru yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia ini, mereka berharap agar produk kolaborasi mereka akan disambut baik oleh peminat Malaysia dan juga Filipina.

Bagi tujuan promosi, Jason dan Fazura bakal membuat persembahan di Festival Filem Antarabangsa ASEAN di Kuching, Sarawak pada 6 Mei serta muncul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (TV1), Wanita Hari Ini (TV3), IM4U FM dan H!Live (Astro). – MYNEWSHUB.CC

Kategori