Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Paling Banyak Tatu...

LELAKI ini telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Banyak Tatu di Britain namun kegembiraan...

Sistem Pendawaian Elektrik 50...

SEGAMAT - Kementerian Kesihatan Malaysia akan menaik taraf sistem pendawaian elektrik 50 hospital...

AirAsia Puji Kepimpinan, Dasar...

SEPANG - AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah terkemuka dan terbesar di Asia, memuji...

Raja Permaisuri Agong Tetamu...

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menghadiri rakaman...

FELDA Lantik Tiga Anggota Lembaga Pengarah Baharu

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik tiga anggota lembaga pengarah baharu bagi membantu memulihkan keyakinan orang ramai, terutama pemegang berkepentingan, terhadap organisasi itu.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata mereka ialah Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Seri Kushairi Din, ikon peneroka wanita Felda Ramlah Jailani dan bekas pengurus besar Felda Datuk Zulkifli Wahab.

Pelantikan mereka dibuat dengan kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas.

“Mereka yang dilantik adalah orang lama dan berpengalaman. Dengan pelantikan ini saya hatap rasa hormat orang ramai, terutama pemegang berkepentingan, akan dapat dipulihkan,” katanya pada majlis pelancaran bufet Ramadan D’Saji di sini, hari ini.

Dengan pelantikan tiga anggota lembaga pengarah itu, Felda kini mempunyai 12 pengarah.

Shahrir berkata antara aktiviti yang diadakan bagi memulihkan keyakinan terhadap Felda adalah ikrar integriti bagi memerangi rasuah.


“Sokongan orang ramai terutamanya akar umbi sangat penting untuk kita. Dalam tempoh empat tahun lepas, Felda melalui banyak perkara termasuk terpalit dengan skandal rasuah. Reputasi Felda telah tercalar dan kini diragui oleh orang ramai termasuk peneroka Felda sendiri,” katanya.

Shahrir menyentuh tentang penangkapan lima pegawai Felda termasuk bekas timbalan pengarahnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan projek pemeliharaan ikan sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta, yang menurutnya, adalah antara sebab mengapa keyakinan terhadap Felda tercalar.

“Situasi sebegini telah meletakkan Felda di tempat yang sukar. Kita harus melakukan sesuatu untuk memulihkan integriti Felda yang tercalar,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Felda

Kategori