Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kena ‘Serang’ Netizen, Qi...

PELAKON dan pengacara, Qi Razali memilih untuk tidak melatah biarpun dilempar dengan pelbagai...

Dadah: 11 Termasuk 3...

YAN - Seorang remaja lelaki 16 tahun yang tercicir persekolahan bersama dua rakannya...

Tiada Lagi Status Kuning...

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa MySejahtera tidak...

PPBM Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menarik balik saman...

FIFA Tarik Balik ‘Gantung’ Lionel Messi

BUENOS AIRES – Argentina mendapat suntikan semangat untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik semula penggantungan empat perlawanan terhadap Lionel Messi.

FIFA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya kekurangan bukti untuk menyokong hukuman terhadap Messi yang diputuskan, Mac lalu.

Perkembangan ini jelas penting buat Argentina untuk menyalakan semula harapan mereka memburu slot ke Rusia pada tahun depan.

FIFA berkata, jawatankuasa rayuan berpihak kepada tuntutan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).

“Walaupun Jawatankuasa Rayuan FIFA mendapati tindakan Messi sebagai keterlaluan, ia masih kekurangan bukti untuk mengenakan hukuman penggantungan empat perlawanan,” katanya.


Keputusan itu juga bermakna Messi terselamat daripada turut dikenakan denda sebanyak AS$10,000 (RM43,375).

Sebelum ini, bintang Barcelona itu didapati bersalah menghina penolong pengadil ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang Chile, yang menyaksikan Argentina menang 1-0 hasil jaringan tunggalnya. – AFP

Kategori