KEJAYAAN gadis berusia 21 tahun yang berjaya mendapat jawatan kapten termuda tren aliran ringan (LRT) di Rapil KL ternyata dicemburui sesetengah netizen berhati busuk.
Ia terbukti apabila ada menyebarkan dakwaan kononnya dia mendapatkan jawatan itu menggunakan ‘kabel’ atau pengaruh daripada orang dalaman tertentu di syarikat prasarana tempatan tersebut.
Baca: Wow… Gadis 21 Tahun Jadi Kapten LRT Termuda
Dakwaan berkenaan muncul memandangkan netizen merasakan gadis bernama Nur Aina Asmida Jamaliddin itu begitu mudah diterima kerja.
Malah, beberapa turut muncul beberapa andaian bahawa dia tidak mempunyai segulung degree waima diploma memandangkan usianya yang terlalu muda.
“100% sure dia takde degree, normally degree habis umur 23/24. 99% sure dia takde diploma, normally diploma habis umur 21, impossible lepas grad, takde pun terus kapten. 60% (pengalaman 3 tahun lepas habis SPM terus start kerja dari bawah, etc sijil) + 40% (backup orang dalam),” tulis Fadhil Ahmad.
“Kabel besar mesti dapat maa,” dakwa Nooraizul pula.
“Hulur tu penting untuk memegang jawatan,” fitnah Paci pula.
Tuduhan pedas itu ternyata mendapat perhatian rakan sekerja, Faisal Rusli yang menafikan hal tersebut.
“Tak perlu la nak cakap camtu bro. Dia tak ada cable pun. Aku kerja dengan dia sekali sebagai pemandu tren. Dulu dia kerja kat fast food station Ampang. Ada pengambilan baru dia cuba nak kerja sini. So, sebelum cakap guna kabel siasat dulu,” ujar Faisal.
Nur Aina sendiri melalui satu status menjelaskan apa yang dicapai adalah dari kerja keras dan berkat doa ibu bapanya.
Alahai, kesian Nur Aina tak pasal-pasal difitnah sedemikian rupa.
Untuk makluman anda, Aina dahulu bekerja di gerai makanan segera di Ampang dan sering berulang alik menggunakan LRT dari Maluri ke Ampang setiap hari.
Atas minat yang mendapat, anak sulung dari lima adik beradik ini cuba memohon jawatan kapten tren sebelum permohonannya itu diterima. – MYNEWSHUB.CC