SEBULAN selepas menyambut kelahiran anak sulung mereka awal bulan lalu, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak sulung mereka.
Majlis yang bertempat di kediaman mereka itu berlangsung secara sederhana dengan tema busana berwarna putih.
Kemeriahan majlis itu turut dikongsi di laman sosial pelakon itu, yang memperlihatkan kehadiran pengarah terkenal yang juga bapa kepada Yusof, Datuk Yusof Haslam dan isteri.
Di sini kami kongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis tersebut buat tatapan peminat pasangan ini:
Rata-rata peminat pasangan ini memuji kecomelan Syaikhul Islam dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Syamsul dan isterinya selamat menimang cahaya mata lelaki seberat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, kira-kira jam 6.30 pagi pada 19 April bulan lalu hasil perkahwinan mereka selama dua tahun. –Â MYNEWSHUB.CC