FOTO seorang menteri kabinet yang santai menunggu giliran untuk bertemu doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini menjadi tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Friends of BN, ia memaparkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenal sebagai Tok Pa dilihat turut duduk di ruang menunggu bersama pesakit lain.
Sudah tentu ia menarik perhatian netizen terutama dengan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh Tok Pa, berbeza dengan kebanyakan orang kenamaan lain.
Tok Pa dikatakan mempunyai temu janji di HKL pada jam 8 pagi dan di kesempatan itu, beliau sempat berbual dengan beberapa pesakit yang sedang menunggu giliran.
Menurur laporan Mstar, beliau mengalami ruam yang teruk selepas pulang dari luar negara dan mengambil keputusan untuk pergi mendapatkan rawatan pada Selasa.
Sehingga kini, gambar berkenaan mendapat kira-kira 1,500 likes dan mendapat perkongsian sebanyak 69 kali dan 539 komen. – MYNEWSHUB.CC
*Video di bawah sekadar hiasan…