Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekalan Barangan Asas Cukup...

PETALING JAYA ā€“ Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan barangan...

Tipu RM9,000: Ahli Perniagaan...

IPOH - Seorang ahli perniagaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

TPM Dedah Mahathir ‘U-Turn’...

JERLUN - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada rakaman perbualan dengan...

110 Kes Baharu COVID-19,...

SEBANYAK 110 kes baharu koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan setakat jam 12 tengah hari...

Gawai Dayak Bantu Perkukuh Perpaduan Masyarakat

KUCHING – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata Gawai Dayak, yang diisytihar sebagai cuti umum, boleh membantu mengukuhkan perpaduan antara masyarakat perlbagai kaum, bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, kata beliau, Gawai Dayak atau Pesta Menuai, perlu dipulihara sebagai perayaan untuk orang ramai bertemu, bertukar-tukar kunjungan, berinteraksi dan memahami adat resam serta tradisi satu sama lain.

“Proses bercampur gaul dan mengiktiraf serta memahami adat resam dan tradisi kaum lain berkembang luas di negeri ini. Orang ramai juga menyambut Gawai Dayak di Johor dan ini menunjukkan bahawa kini terdapat banyak orang dari Sarawak bekerja di sana.

“Tapi, saya percaya kita tidak kehilangan cara hidup kita dan sambutan perayaan mana-mana masyarakat kerana ia membawa keriangan dan kebahagiaan dalam kalangan anggota masyarakat di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, di mana orang Sarawak boleh mendapat pekerjaan dan berkumpul bersama-sama untuk menyambut perayaan ini,” kata beliau dalam perutusan Gawai Dayak di sini hari ini.

Abdul Taib berkata beliau selalu mengingatkan orang ramai supaya menyedari bahawa walaupun mereka terdiri daripada kumpulan etnik dan agama berbeza, tetapi mereka tetap dapat sama-sama meraikan aspek sesuatu budaya yang baik dan indah kerana ia mempunyai tarikan tersendiri yang mungkin bukan berasal daripada satu komuniti tertentu sahaja.


“Atas sebab itulah kita menyambut Hari Gawai, kita semua perlu sedar dan menganggap sambutan ini bukan sahaja sesuatu yang istimewa bagi masyarakat Dayak, tetapi juga sebagai peluang untuk bertemu dan mengiktiraf perkara positif, baik dan menarik yang terdapat dalam sesuatu budaya yang mungkin berbeza dengan budaya kita.

“Perkara ini berlangsung dengan baik dalam masyarakat kita dan merebak ke kawasan bandar, tidak kira di pekan kecil atau besar,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori