Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih...

PEKAN - Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan...

Isteri, Bayi Mati Dihentak...

BREBES - Apa yang membuatkan seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan bayinya yang...

MCPF Sokong Babitkan Ibu...

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi...

RON97 Naik Lagi 4...

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 4 sen kepada RM2.57...

Gaya Retro Skyteam Ace 125 Cafe Racer

MOTOSIKAL retro seperti Cafe Racer kini kembali menjadi kegilaan peminat permotoran di negara ini.

Atas dasar itu, Sky Team (M) Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar rasmi model Skyteam membawa model Skyteam Ace 125 Cafe Racer ke pasaran tempatan.

Gaya Retro Skyteam Ace 125 Cafe Racer

Jentera dua roda yang mengekalkan ciri-ciri motosikal klasik itu dijana oleh enjin 124.11 cc silinder tunggal.

Ia bukanlah sebuah jentera yang berkuasa tinggi namun sesuai untuk mereka yang sukakan tunggangan santai dengan gaya retro.

Menggunakan sistem karburetor, enjin bagi jentera Ace 125 Cafe Racer ini mampu menjana kuasa 11bhp pada 8, 500rpm dan tork 8.5Nm pada 7, 500rpm.

Gaya Retro Skyteam Ace 125 Cafe Racer

Malah jentera ini turut dilengkapi dengan sistem transmisi ima kelajuan untuk penghantaran kuasa ke roda.

Suspensi fork teleskopik dengan penyerap hentak berkembar pada jentera ini mampu memberikan keselesaan kepada penunggang.


Gaya Retro Skyteam Ace 125 Cafe Racer

Skyteam Ace 125 Cafe Racer cukup ringan dengan hanya 87 kilogram sahaja, ia turut didatangkan dengan kapasiti tangki bahan api 9.2 liter dengan penjimatan bahan api pada 2.1 liter bagi setiap 100 kilometer.

Pengendalian jentera ini cukup mudah dan lancar di mana sistem brek hadapan menggunakan brek cakera dan brek dram pada roda belakang.

Gaya Retro Skyteam Ace 125 Cafe Racer

Harga yang ditawarkan bagi seunit Sky Team Ace 125 ialah RM7, 366.78 (termasuk GST, insurans dan pendaftaran) bersama waranti setahun atau 10,000km (yang mana tiba dahulu).

Terdapat tiga pilihan warna iaitu biru, kelabu dan perak. Pembeli jentera bergaya retro ini juga akan menerima satu lagi tempat duduk tunggal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori