Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kecewa Tiada Peruntukan Sukma...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sedikit kecewa apabila Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan...

VIDEO : Gagal Di...

TUMPAT - Calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Thailand Akan Dapat Perdana...

PILIHAN RAYA Thailand 24 Mac nanti menyaksikan calon pemimpin muda, Thanathorn Juangroongruankit dari...

Amukan Gadis Myvi: Pemandu...

MASIH ingatkah anda, video viral amukan sekumpulan gadis Myvi terhadap seorang pemandu teksi...

Gembira Kedah Kekal Momentum Kemenangan

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff melahirkan rasa gembira apabila pemainnya mengekalkan momentum kemenangan setelah menumpaskan T-Team 3-0 dalam saingan Liga Super malam tadi.

Meskipun terpaksa bermain dengan sembilan pemain ketika memasuki babak 15 minit terakhir selepas dua watak utamanya Ken Ilso Larsen dan penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim terpaksa meninggalkan padang akibat mengalami kecederaan, Kedah bagaimana pun terus mengekalkan rentak permainan hingga tamat perlawanan.

“Semua pemain menunjukkan sikap mahu menang dan berkerja keras. Hasilnya kita berjaya meraih tiga mata melalui hatrik Ken Ilso hasil bantuan Muhammad Syafiq Ahmad dan Sandro Da Silva Mendonca.

“Sasaran utama adalah tiga mata penuh dengan pemain masih belum cukup pulih selepas perlawanan akhir Piala FA tempoh hari,” katanya pemberita selepas perlawanan menentang T-Team.

Kedah kini berada di tangga ketiga Liga.

Mengenai kecderaan yang dialami Ken Ilso, Mohd Nidzam Adzha berkata ia tidak membimbangkan.

“Ia adalah kecederaan lama dan apa yang diberitahu doktor kecederaan itu memerlukan tiga minggu untuk kembali pulih sepenuhnya. Saya rasa sempat untuk dia kembali cergas sepenuhnya menjelang Julai. Selepas berbincang dengan pegawai yang lain, saya memberinya rehat selama dua minggu,” ujarnya.


Dalam pada itu, ketua jurulatih T Team, Rachmat Darmawan mengakui kekalahan di tangan Kedah adalah disebabkan kesilapannya membuat percaturan terutama di bahagian tengah.

Katanya semua pemain telah memberi yang terbaik dan beliau mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut.

“Saya silap menyangka Sandro (Da Silva) akan bermain di depan dengan Ken Ilso. Jadi saya meletakkan tiga pemain di bek tengah, namun Sandro tidak bermain di posisi itu.

“Di situ pemain barisan tengah kami menemui kesukaran tidak kira apabila kami berada dalam posisi menyerang atau bertahan. Saya ubah strategi dan kami mula temui rentak, namun Kedah sudah berada dalam kedudukan selesa dan agak terlambat untuk kami bangkit,” katanya. – BERNAMA

Kategori