Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Buli: 11 Lagi Pelajar...

KUALA TERENGGANU -  Seramai 11 pelajar lagi ditahan reman  berhubung kes buli di sebuah kolej vokasional di sini, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar...

Pengasas Syarikat Nike Umum...

NEW YORK - Phil Knight, yang membangunkan Nike daripada sebuah syarikat kasut sederhana...

Tapak Kaki Ronaldinho Di...

RIO DE JANEIRO - Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho mengabadikan tapak kakinya...

Gerakan Senaraikan Calon Bawah...

GEORGE TOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang bakal membariskan calon-calon muda yang berusia...

Generasi Muda Perlu Sedarkan Bangsa – Zairil Khir

KUALA LUMPUR – “Budaya menghalang pemikiran kritis gagal melahirkan graduan yang berani dan berdaya saing dalam ekonomi global abad ke-21.”

Demikian kata-kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang terpalit dalam skandal pergaulan bebas dan melampau dengan wanita bukan muhrim baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa halangan Malaysia untuk melahirkan graduan yang kritis dan berani disebabkan kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)

“Kini adalah sukar untuk menemukan graduan yang berketrampilan dan yakin diri. Mereka tidak mampu untuk memimpin dan menerajui. Saya menyeru agar anak muda sekalian teruskan berfikir dan bersuara.

“Usah gentar dengan ugutan dan momokan rejim penguasa. Adalah tanggungjawab generasi muda menyedar dan mencerahkan bangsa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini beberapa gambar dan rakaman video mirip Zairil sedang berpoya-poya dengan ikon wanita muda Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud tersebar di media sosial.


Rakaman video itu menunjukkan lelaki dan wanita mirip Zairil dan Dyana Sofya sedang menari dan berpelukan intim di sebuah kelab.

Gambar yang tersebar pula menunjukkan lelaki dan wanita sama sedang berpelukan dan bercium di sebuah lokasi lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori