Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perempuan Psiko Nak Ludah...

SUSULAN isu seorang perempuan misteri menuduh pengacara Zulin Aziz membomohkan salah seorang ahli kumpulan...

Dana RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba...

BARU-BARU ini sebuah akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan di muka depan mengenai komen...

‘Spiral Bicycle, Pedestrian Bridge’...

GEORGE TOWN - Pengunjung ke Pulau Mutiara akan berpeluang untuk berbasikal di lokasi...

VIDEO: Abang Dodoikan Adik...

VISUAL ini dirakam oleh ibu kepada pasangan adik beradik ini. Pada mulanya, wanita...

GLC Perlu Amal Tadbir Urus Yang Baik

KOTA KINABALU – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah perlu terus mengamalkan sistem tadbir urus yang baik dalam menjana perniagaan serta pelaburan bagi memajukan lagi organisasi mereka.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata prinsip tadbir urus yang baik adalah penting demi memastikan kejayaan dalam sesebuah organisasi.

“Tanpa ketelusan, akauntabiliti dan pengurusan kewangan yang teratur, organisasi akan bermasalah dan seterusnya membuka jalan untuk kegagalan,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin ketika merasmikan Pusat Perindustrian Perbadanan Pembangunan Borneo (BDC) Putatan, dekat sini hari ini.

Pusat Perindustrian BDC Putatan merupakan projek pembinaan 27 rumah kedai perindustrian ringan yang dilaksanakan syarikat GLC di Sabah, BDC (Sabah) Sdn Bhd, sekali gus menunjukkan syarikat itu terus mencatatkan pencapaian kukuh.


Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata BDC memainkan peranan penting bukan sahaja dalam pembangunan hartanah, tetapi juga dalam bidang perkhidmatan kewangan dan pelaburan, iaitu selaras dengan objektif kerajaan negeri.

“Justeru, kerajaan memuji dan mengiktiraf sumbangan BDC dalam membangunkan ekonomi di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori