Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cradle Fund: Polis Siasat...

NIBONG TEBAL - Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah seorang tertuduh juvana...

TLDM KK Akan Dilengkapi...

KOTA KINABALU - Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk...

UMNO, MCA, MIC Mula...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini bagi...

Ai Agro Star Sasar...

MARANG - Syarikat Ai Agro Star Holding Berhad, pengeluar minuman berasaskan bunga 'roselle',...

Golongan Pendidik Di Sabah Perlu Taat Setia Kerajaan

KOTA KINABALU – Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul minta agar semua golongan pendidik, khususnya guru baharu di negeri ini menanam perasaan kasih dan taat setia kepada kerajaan yang memerintah pada masa kini.

Beliau berkata sebagai penjawat awam, guru memainkan peranan penting untuk melaksanakan dasar kerajaan selain menyampaikan ilmu untuk memdidik pelajar.

“Kita sebagai guru tidak bebas seperti orang yang tidak terikat dengan kerajaan. Oleh itu, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata atau menulis kenyataan di Facebook atau WhatsApp tentang perkara yang tidak menyebelahi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Penempatan Guru Baharu Sabah, di sini, hari ini.

Seramai 547 guru baharu anak tempatan Sabah menerima surat pelantikan pada majlis itu untuk penempatan di sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah.

Maimunah berkata 356 daripada guru berkenaan akan ditempatkan di sekolah rendah, manakala 191 lagi di sekolah menengah.


Penempatan kesemua guru baharu yang berasal dari Sabah itu, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015 yang menetapkan 90 peratus guru di Sabah dan Sarawak diisi oleh anak tempatan.

“Setakat ini, peratusan guru tempatan di sekolah kebangsaan di Sabah adalah 84 peratus, manakala sekolah menengah kebangsaan sebanyak 76 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Maimunah berkata pihaknya berharap kesemua guru baharu itu dapat menerima penempatan sekolah masing-masing dengan perasaan syukur, selain bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

“Saya juga mengingatkan agar mereka sentiasa mengamalkan Etika Profesion Perguruan dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan serta Perintah Am walau di mana mereka bertugas,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori