Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

BEIJING - Dunia kini berdepan ancaman Covid-19, penyakit yang sebelum ini tidak diketahui...

Qatar Anjur Sidang Kemuncak...

DOHA - Forum Masa Depan Media di Sidang Kemuncak Pemimpin anjuran Al Jazeera...

Husam Cadang Muhyiddin TPM...

SHAH ALAM - Gandingan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden BERSATU,...

Jururawat Lelaki Amat Perlu,...

KUALA TERENGGANU - Meskipun pernah digelar 'Mat Jambu' dan diperli rakan-rakan hanya kerana...

Gotong-Royong Akan Jadi Budaya Masyarakat Perlis

PADANG BESAR – Bagi menjayakan hasrat kerajaan negeri menjadikan Perlis negeri bandaraya menjelang tahun 2030, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan menjadikan gotong-royong sebagai budaya masyarakat tempatan Perlis.

Yang Dipertuanya, Khairin Nazri Karim berkata konsep gotong-royong lebih berkesan dalam mendidik rakyat bagi memastikan kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran mereka terpelihara.

Program gotong-royong akan terus diadakan dengan membabitkan agensi-agensi kerajaan di bawah konsep Strategi Lautan Biru (NBOS) pada masa hadapan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan aktiviti gotong-royong di sini, hari ini.

Aktiviti itu bermula pagi dan berakhir tengah hari ini di kawasan bulatan berhampiran Kompleks Imigresen , Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, disertai anggota serta ahli-ahli majlis MPK turut menanam pokok, mengecat mercu tanda Selamat Datang Ke Padang Besar dan memangkas dahan-dahan pokok.


“Saya berharap konsep gotong-royong ini juga berupaya mengubah minda masyarakat agar lebih memahami arah tuju kerajaan negeri untuk mencapai wawasan negeri bandaraya yang kebersihan dan mentaliti rakyat merupakan antara ciri penting untuk menjayakannya,” tambah beliau.

Menurut Khairin Nazri aktiviti sama akan diadakan di sempadang Perlis/Kedah di Sanglang esok. – BERNAMA

Kategori