Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rakyat Perlu Tolak Laporan...

KOTA BHARU - Rakyat perlu menolak portal Sarawak Report yang jelas tidak mempunyai...

Bayi Perempuan Diserang Biawak...

BAYI perempuan yang diserang biawak semalam menerima 50 jahitan dan dirawat di Hospital...

Menyentuh Hati, Budak 4...

WALAUPUN baru saja berusia empat tahun namun dalam usia semuda itu seorang kanak-kanak...

Anwar Tak Tahu Wujud...

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan...

Guru Kena Prihatin Perubahan Emosi Murid

KLANG – Guru-guru terutamanya kaunselor sekolah perlu memberi lebih perhatian terhadap sebarang perubahan emosi dan tingkah laku pelajar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia penting kerana perubahan emosi murid mungkin menandakan mereka terganggu akibat masalah keluarga dan rakan-rakan di sekolah.

“Jika perubahan ini dapat dikesan dari awal mungkin mereka dapat dirawat serta mengelakkan murid ini daripada melakukan sebarang tindakan yang tidak diingini.

“Yang penting semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Guru peringkat Klang di sini.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi semalam, seorang murid perempuan tahun enam sebuah sekolah di sini cedera di kepala dan retak tulang leher selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah.


Mangsa difahamkan mengalami kemurungan akibat tidak sefahaman dengan rakan-rakan di sekolah dan telah tiga hari tidak hadir ke sekolah. – BERNAMA

Kategori