Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

AMK Sokong Had Usia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan,...

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran...

BATU GAJAH - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di...

Mangsa Banjir Di Jasin...

MELAKA - Mangsa banjir di pusat  pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin, dekat sini, kekal 42 orang daripada 11 keluarga setakat...

Cara Langsing Dalam Masa...

SEMEMANGNYA tidak ada jalan untuk menurunkan berat badan melainkan melalui keazaman dan usaha cekal untuk...

Hari Pertama Kerja Dah Curi Emas RM50K

GADIS bertudung ini langsung tak tahu bersyukur. Baharu hari pertama mendapat kerja, sudah berani mencuri barangan kemas bernilai hampir 50 ribu di sebuah kedai emas di Kulim, Kedah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, suspek, Ellieya Jamil dilaporkan mencuri barang kemas itu ketika seorang lagi pekerja pergi ke tandas.

Menurut seorang sumber, setibanya pekerja itu dari tandas, suspek kemudian meminta diri untuk pergi rehat untuk makan.

Bagaimanapun, suspek, 29, tidak kembali semula ke kedai emas tersebut dan cabut lari.

Sementara, menerusi rakaman CCTV, jelas memperlihatkan gadis dari Parit Buntar, Perak itu meletakkan sesuatu di dalam baju pergelangan tangannya.


Hari Pertama Kerja Dah Curi Emas RM50K

Video tersebut turut menjadi tular di laman sosial.

Difahamkan, suspek juga belum pernah mempamerkan kad pengenalannya memandangkan mendakwa terlupa membawanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh hulurkan kepada Mr Khoo di nombor 0164447626 dan ganjaran sebanyak RM3,000 akan diberi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori