Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

DAP Cawangan Pantai Sepang...

SEPANG - DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25...

Surat Jokowi Tak Laku,...

JAKARTA - Hanya dalam tempoh waktu kurang daripada 72 jam, kerajaan Arab Saudi...

IRM Lancar Program Bantuan...

MENYEDARI 18 juta umat Islam di Afrika Timur kini berdepan dengan kebuluran teruk,...

Kerosakan Gua Matsoorat: Perak...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi...

Harimau Dahan Disangka Musang Baham Anjing

KOTA BHARU – Seekor harimau dahan betina seberat 50 kilogram berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tanah Merah di Ladang Kerilla, dekat sini, petang Rabu.

Pegawai Operasi APM, Leftenan (PA) Mohd. Fadli Hassan berkata, harimau yang ditangkap itu dipercayai haiwan yang sama membaham seekor anjing milik penduduk tempatan semalam.

Beliau berkata, tiga anggota APM telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menjinakkan haiwan liar itu.

“Kami menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran harimau itu daripada pengurusan ladang kira-kira pukul 11.18 pagi dan sampai di tempat kejadian pada pukul 12 tengah hari.

“Apabila sampai di tempat kejadian, anggota kami telah mengenal pasti seekor harimau dahan yang disangkakan musang oleh penduduk sebelum ini,” kata Mohd. Fadli di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, harimau betina itu sedang bersembunyi di dalam saluran pembetung sepanjang kira-kira enam meter di sebuah kebun getah dalam ladang berkenaan.


“Anggota kami terpaksa memecahkan satu daripada empat saluran pembetung itu sebelum berjaya perangkap serta tangkap harimau ini dan pada masa yang sama anggota terbabit mendapati ada seekor lagi anak harimau di situ.

“Bagaimanapun anak harimau ini berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang kerana pasukan operasi tidak menyedari harimau berkenaan bersama anaknya,” kata beliau.

Tambah Mohd. Fadli, berdasarkan maklumat awam, haiwan tersebut sebenarnya dipercayai sudah berkeliaran di kawasan estet berkenaan sejak seminggu lalu.

“Ia dipercayai serang seekor anjing penduduk di ladang itu dalam kejadian malam kelmarin. APM akan diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori