Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rayna Cipta Kejutan Raih...

KUALA LUMPUR – Gimnas remaja Malaysia, Rayna Hoh Khai Ling mencipta kejutan apabila...

Najib Gesa KWSP Perluas...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kepada...

Pemprosesan Permohonan BR1M Selesai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemprosesan permohonan...

VIDEO: Menakutkan.. Wartawan Tersilap...

PENGALAMAN membuat liputan di satu lokasi kes rompakan melibatkan tiga suspek ini mungkin...

Henti Lesen Hiburan: Selangor Sedia Timbang Cadangan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bersedia menimbangkan cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.

Menteri Besar , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya bersedia menimbangkan cadangan berkenaan termasuk meneliti perkara itu dari segi perundangan, penguatkuasaaan dan perkara lain yang berkaitan yang berada di bawah bidang kuasa PBT dan polis.

“Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan, ia bagi menjamin keselamatan masyarakat Selangor dan usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk polis, PBT dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Khalid dilaporkan mencadangkan kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana sering didapati pengendalinya menyalahgunakan lesen berkenaan untuk menjalankan kegiatan perjudian. – BERNAMA

Kategori