Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KL Pertama Di Dunia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatat sejarah apabila menjadi negara pertama yang menempatkan hotel...

Johor Bantu SPRM Siasat...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Lucu! Pam Minyak Tersekat...

SEJAK pagi ini, gambar sebuah kereta Perodua Kancil yang dilihat 'tersekat' dengan pemegang...

Lucut Lesen Vesel Nelayan...

KUALA LUMPUR – Pendakwaan di mahkamah untuk melucutkan lesen bagi vesel nelayan tempatan...

Hon Bertalu-Talu, Lelaki Dibelasah Lepas Solat Jumaat

KECOH… Sama ada tidak peka atau sengaja cari pasal, video memaparkan seorang lelaki biadab dibelasah beramai-ramai di hadapan sebuah masjid di Johor kini menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian bak aksi filem KL Gangster di Austin Perdana, Johor Bahru kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang berlagak kurang ajar itu menerima padah dipukul beramai-ramai oleh jemaah masjid selepas solat fardu Jumaat.

Difahamkan, kejadian berpunca gara-gara mangsa sengaja membunyikan hon secara bertalu-talu tanpa henti ketika jemaah masjid sedang solat kerana konon kenderaannya terhalang dengan kereta lain yang diparkir di tepi jalan.

Insiden itu lantas menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan jemaah masjid yang kemudian bertindak menyerang mangsa kerana jelas biadab tidak menghormati penganut Islam sedang khusyuk melakukan ibadah.

Menerusi rakaman video yang tular itu, mangsa yang memandu kereta Toyota Camry warna putih dilihat cuba melarikan diri ketika diserang jemaah masjid sehinggakan kenderaannya melanggar beberapa lelaki.

Keadaan bertambah cemas, apabila jemaah masjid bertindak pantas mengejar pula kenderaan itu sebelum ada yang bertindak ganas dengan menggunakan topi keledar dan kon untuk memecahkan tingkap kereta itu.


Mangsa yang kemudian keluar dari kenderaannya lantas dibelasah dan dipukul secara bertubi-tubi oleh jemaah masjid menggunakan kon dan beberapa peralatan sebagai mengajar sikapnya itu yang amat rasis.

Hon Bertalu-Talu, Lelaki Dibelasah Lepas Solat Jumaat

Di akhir video, mujur mangsa yang kelihatan ketakutan akibat sikap kurang ajarnya itu lantas diselamatkan oleh beberapa jemaah masjid yang secara kebetulan berada di kawasan kejadian.

Video insiden ini kini hangat diperkatakan ramai netizen menerusi laman sosial memandangkan terdapat elemen ganggu gugat nilai sensitiviti kaum dan agama yang agak panas.

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Setia Indah di Johor Bahru oleh seorang pengadu yang menceritakan kes tersebut untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori